Utusan Borneo (Sabah)

Pekan Sukau sebagai ‘Bandar Biodiversi­ti’

Bukan sekadar jenama, tapi ambil kira kekayaan khazanah dan warisan alam sekitar

-

AHLI Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman menegaskan tumpuan dan penekanann­ya ke atas kepentinga­n alam sekitar kawasan ini telah ditunjukka­n lebih awal sejak menamakan pengwujuda­n Pekan Sukau sebagai ‘Bandar Biodiversi­ti’.

Beliau berkata cadangan mewujudkan pekan itu sejak tahun 2009 atau kurang setahun beliau mengangkat sumpah, dimasukkan dalam Blueprint Pembanguna­n DUN Sukau 2010-2020, sebelum tapak pekan itu pada 24 Julai 2010, disempurna­kan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Memasukkan perkataan penting ini bukan sekadar memberi satu jenama semata-mata. Tetapi mengambilk­ira kekayaan khazanah dan warisan alam sekitar yang terdepat di kawasan DUN Sukau untuk terus dipelihara dan dilindungi oleh pemimpin dan rakyat tempatan,” katanya.

Hujah itu sebagai sebahagian daripada taklimat yang diberikan Saddi kepada media yang membuat tinjauan berhubung projek pembinaan Jambatan Kedua Sukau, di sini, pada Rabu.

Fasa 1 Projek berkenaan sudahpun diluluskan dan bakal dimulakan pembinaann­ya bernilai RM72 juta. Projek itu bakal disusuli oleh projek fasa kedua dengan nilai melebihi RM150 juta membabitka­n pembinaan ‘viaduct’, sebuah jambatan tinggi untuk laluan kenderaan berat dan di bahagian ruang bawah jambatan untuk laluan hidupan liar, khususnya gajah pigmy. Ia kemudahan pertama seumpamany­a di negeri ini.

Saddi yang juga pengerusi Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata sebagai wakil rakyat yang mendapat sokongan undi rakyat, dia dan masyarakat setempat sewajarnya memberi perhatian seimbang kepada soal pembanguna­n sosioekono­mi rakyat dan kepentinga­n perlindung­an alam sekitar di sini.

Tambahan lagi, katanya, pemulihara­an alam sekitar dan perlindung­an hidupan liar adalah sebahagian daripada elemen penting dalam memperkasa­kan industri pelanconga­n bertaraf dunia, sekaligus mampu membawa pulangan besar kepada rakyat dan kawasan ini.

“Cuma, apa yang sedang diragui rakyat ialah sebahagian daripada kawasan tanah yang telah digazetkan oleh Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Hutan di sini (sekian lama), sudah seperti diserahkan secara mutlak kepada pihak yang mendakwa kononnya mereka adalah ‘pelindung alam sekitar’ yang tidak boleh dipertikai­kan.

“Sedangkan, kami tidak ada bukti atau statistik sebarang hasil kerja mereka di dalam urusan perlindung­an alam mini. Padahal kamilah amat berhak mengetahui­nya, iaitu seperti berapa jumlahkah pokok dan spesisnya yang sudah ditanam dan sedang mereka lindungi?.

“Atau, berapa banyak binatang seperti populasi gajah masih hidup dan yang sudah mati. Demikian juga dengan huraian spesis burung, orang hutan, buaya, monyet bangkatan dan sebagainya yang sedang mereka lindungi. Namun, tidak ada maklumat diberikan kepada rakyat akan segala tanggungja­wab dan perancanga­n mereka.

“Ini termasukla­h langkah-langkah badan itu memberikan kesedaran soal memerangi pemburu haram juga ancaman semasa kumpulan gajah ke atas tanam-tanaman rakyat yang terus musnah, tetapi tanpa kehadiran badan itu dan tumpuan serius kakitangan hidupan liar.

“Kita juga tidak melihat papan-papan tanda yang memaklumka­n kawasan hutan dilindungi, dilarang berburu dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau difahamkan bahawa mereka (NGO alam sekitar) terus mendapat jutaan ringgit dana daripada luar termasuk badan GLC, yang kononnya demi melindungi alam sekitar dan hidupan liar yang hampir pupus. Namun, rakyat yang beliau wakili di sini langsung tidak mengetahui langkah dan pendekatan mereka.

Suatu ketika dahulu, Saddi pernah menyebut bahawa ada di antara badan GLC terlibat bermain di belakang tabir, dengan berlagak memberikan dana untuk tujuan perlindung­an hutan dan sebagainya.

Tetapi pada suatu ketika dulu juga, syarikat berkenaan turut terlibat dalam mengambil hak tanah rakyat yang masih boleh dipertikai­kan kewajarann­ya, berasaskan kepada pemberian tanah rakyat (smallholde­rs) di kawasan Kinabatang­an.

“Sama ada pejuang alam sekitar atau mana-mana pihak, perlu memahami bahawa soal urusan perlindung­an hutan, populasi hidupan liar dan kepentinga­n kehidupan manusia sejagat amat berbeza. Tetapi ia boleh disatukan menerusi titik penyatuan yang berlandask­an kebijaksan­aan.

“Saya percaya pihak ‘environmen­talist’ lebih bijak kerana mereka sudah melihat kepada banyak kegagalan di negara maju mempertaha­nkan soal alam sekitar, yang juga mungkin kalangan negara asal mereka,” katanya.

Hari ini, kata Saddi, rakyat Sukau telah memiliki pemikiran jauh lebih baik kerana sebahagian pendudukny­a datang dari kalangan yang pernah menjadi kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga, pendidik dan sudah ada menjadi pakar kesihatan, peguam dan sebagainya yang perlu dijelaskan soal keikhlasan pihak tertentu mahu ‘mengeskplo­itasi’ segala kepentinga­n di sini.

Katanya para pemimpin masyarakat telah melaporkan bahawa ada kalangan pencinta alam itu ‘dalam keadaan sehelai sepinggang’ yang menumpang di rumah penduduk di sini, selain menyuaraka­n simpati kepada kemunduran dialami rakyat.

Namun hari ini, mereka menolak kemajuan yang bakal merubah ekonomi rakyat setempat serta kebaikan kepada kemajuan dan keselamata­n negeri di kawasan pantai timur Sabah.

Saddi juga terkilan masyarakat setempat tidak banyak menerima impak daripada aktviti pelanconga­n di kawasan itu, yang banyak berpaksika­n kepada tumpuan pembanguna­n alam sekitar diperjuang­kan oleh pihak NGO berkenaan.

“Sepatutnya, masyarakat tempatan sudah sekian lama memiliki banyak kemahiran soal perlindung­an alam sekitar yang mampu memartabat­kan sektor pelanconga­n rakyat di sini, sekiranya NGO berkenaan benar-benar ikhlas memperjuan­gkan alam sekitar ini kepada rakyat dan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kepentinga­n penyertaan rakyat terhadap soal pendidikan alam sekitar serta faedahnya perlu dimasukkan ke dalam apa juga perjanjian persefaham­an (MOU) antara mana-mana badan perlindung­an alam sekitar dan agensi kerajaan terlibat, sekaligus tidak mengabaika­n kepentinga­n masa depan pembanguna­n rakyat.

Menurutnya kelemahan daripada aspek itu amat tidak adil kepada masa depan rakyat di kawasan ini yang amat memerlukan pembelaan dan perhatian dalam serba serbi.

Katanya Projek Jambatan Kedua bernilai RM72 juta pada fasa pertama itu sebagai ‘benchmark’ kepada kepelbagai­an masa depan ekonomi di sini termasuk berasaskan kepada perlandang­an dan pelanconga­n, ia mampu memberikan lonjakan ekonomi secara makro kepada banyak pihak.

“Ia akan membuka pasaran runcit kepada lebih 30,000 pekerja ladang mewakili beberapa syarikat perladanga­n dan perkilanga­n sawit yang sebelum ini amat terpisah daripada dunia luar, dipisahkan oleh Sungai Kinabatang­an.

“Ini tidak termasuk memudahkan pergerakan lebih 5,000 penduduk yang mendiami lima kampung di Mukim Litang, selain memudahkan perhubunga­n ke daerah-daerah berhampira­n seperti Lahad Datu dan Tawau, dan amat penting kepada logistik keselamata­n di pantai timur Sabah,” katanya.

Saddi berkata kemudahan seperti pusat pentadbira­n baharu DUN Sukau yang bakal diwujudkan di Pekan Baharu, diikuti kemudahan klinik, pusat ibadah (agama Islam), balai polis, sekolah rendah dan menengah, yang sudah diwujudkan di sini memberi impak kepada perubahan baharu hidup rakyat DUN Sukau.

Beliau turut mencerita bagaimana susah payahnya rakyat mewakili Mukim Litang untuk mendapatka­n kemudahan perubatan yang terpaksa mengharung­i lautan serta jalan darat melebihi lima jam yang akhirnya menyebabka­n beberapa kes kematian kerana lewat mendapat bantuan kecemasan. “Jadi, projek pembinaan jambatan ini salah satu penyelesai­an penting kita rancang bukan saja untuk kebaikan rakyat, tetapi salah satu daripada penyertaan rakyat Sukau menikmati status negara maju tahun 2020,” katanya.

Tambahnya, pembinaan jambatan itu mampu meletakkan Sukau sebagai lubuk emas bukan saja kepada masyarakat­nya, tetapi kepada para pelabur yang telah melihat kepelbagai­an peluang ekonomi yang disediakan di sini.

Memasukkan perkataan penting ini bukan sekadar memberi satu jenama semata-mata. Tetapi mengambilk­ira kekayaan khazanah dan warisan alam sekitar yang terdepat di kawasan DUN Sukau untuk terus dipelihara dan dilindungi oleh pemimpin dan rakyat tempatan. DATUK SADDI ABDUL RAHMAN Adun Sukau

 ??  ??
 ??  ?? PETA aktiviti kerja tanah dan projek jambatan Kinabatang­an ke-2, Sukau.
PETA aktiviti kerja tanah dan projek jambatan Kinabatang­an ke-2, Sukau.
 ??  ?? SADDI memberikan taklimat dan sidang pertama di tapak projek Fasa1.
SADDI memberikan taklimat dan sidang pertama di tapak projek Fasa1.
 ??  ?? JALAN sepanjang projek kerja tanah dan jambatan di Sukau.
JALAN sepanjang projek kerja tanah dan jambatan di Sukau.
 ??  ?? ANTARA contoh jambatan yang akan dibina.
ANTARA contoh jambatan yang akan dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia