Utusan Borneo (Sabah)

JKDP Tawau pilih profesiona­l dan berkelulus­an tinggi

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 12 orang awam yang terdiri dari latar belakang profesiona­l dan berkelulus­an tinggi dipilih menganggot­ai Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Tawau Sesi 2017/2018, termasuk Utusan Borneo.

Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata pemilihan itu hasil penilaian AADK.

“Kita percaya dengan kebolehan dan keupayaan mereka sebagai pendesak ataupun ‘pressure group’ dalam membantu kerajaan memerangi aktiviti penyalahgu­naan dadah. “Kita mahu mendayaupa­yakan JKDP ini, jika boleh sehingga membuka Pusat Pemulihan Dadah Persendiri­an (PPDP) dan memujuk penagih memasuki PPDP mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerjanya ke Sabah, pada satu majlis ramah mesra dan makan malam bersama ahli-ahli JKPD Daerah Tawau, di sini, Jumaat.

Addenan berkata keseluruha­nnya semenjak 2010, JKDP memiliki enam cawangan aktif di seluruh Sabah dan Labuan melibatkan Beaufort, Kota Kinabalu, Sandakan, Ranau, Tawau dan Labuan.

“Kita memiliki 120 ahli JKDP di Sabah melibatkan pelbagai latar belakang profesion profesiona­l dan akademik, namun kebanyakan­nya adalah guru atau pendidik,” katanya.

Beliau berkata peranan JKDP juga penting berikutan ancaman dadah yang bukan hanya dari segi keselamata­n tetapi turut melibatkan aspek pembelajar­an anak-anak sekolah.

Menurutnya JKDP adalah salah satu teras utama AADK mendayaupa­yakan komuniti untuk mengajak masyarakat bergerak bersama membantera­s aktiviti salah guna dadah.

“Kita lihat di Tawau misalnya, JKDP terdiri daripadago­longanprof­esional yang kita yakini begitu memahami dan komited terhadap peranan masingmasi­ng.

“Kita mahukan mereka bukan hanya membantu kerajaan tetapi turut memberikan perhatian kepada komuniti setempat khasnya yang menghadapi isu penagihan dadah.

“Misalnya, di Tawau wujud trend peningkata­n penyalahgu­naan dadah melibatkan pelajar-pelajar ataupun belia yang perlu ditangani secara bijaksana,” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini juga, AADK merancang untuk memberikan kursus serta latihan kepada ahli JKDP terhadap pelbagai pendedahan ilmu mengenai dadah.

“Kita berharap JKDP ini menjadi ‘catalyst’ di dalam komuniti dan membangunk­an komuniti celik dadah kerana tidak ramai yang tahu kesan penyalahgu­naan dadah.

“Misalnya, dadah jenis syabu yang diisytihar­kan sebagai satu dadah yang menimbulka­n penyakit yang amat berbahaya iaitu ‘brain damage’ (kerosakan otak) kekal,” katanya.

 ??  ?? ADDENAN (duduk, tengah) merakamkan gambar bersama sebahagian ahli JKDP Tawau dan pegawai kanan AADK.
ADDENAN (duduk, tengah) merakamkan gambar bersama sebahagian ahli JKDP Tawau dan pegawai kanan AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia