Utusan Borneo (Sabah)

Warga Labuan disaran kekalkan perpaduan

-

LABUAN: Warga Wilayah Persekutua­n Labuan yang terdiri daripada pelbagai kaum disaran agar terus mengekalka­n konsep perpaduan selaras dengan status Labuan sebagai negeri paling harmoni dan zero kompleks kaum.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra Tahun Baharu Cina 2017 yang diadakan di Plaza LCCC, Kampung Sungai Keling, baru-baru ini.

Beliau berkata ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mengutamak­an konsep perpaduan dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarak­atan yang dianjurkan.

“Labuan mesti menjadi contoh terbaik bukan sahaja dalam konsep perpaduan tetapi juga dalam hal lain,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) yang berjaya menganjurk­an program itu dengan penuh meriah yang dapat dinikmati oleh semua kaum.

Rozman yang juga Pengerusi Barisan Nasional Labuan tidak lupa mengingatk­an masyarakat Tionghua untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang diterajui oleh parti Barisan Nasional.

“Masyarakat Tionghua Labuan tidak pernah dipinggirk­an daripada arus pembanguna­n termasuk dalam agihan bantuan kerajaan.

“Ini termasukla­h yang terbaharu apabila Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk mengurangk­an bayaran cukai bangunan sekolah jenis kebangsaan Cina sehingga 70 peratus bermula tahun ini serta cukai tertunggak juga turut diturunkan sehingga 70 peratus,” katanya.

Lebih 2,000 warga Labuan menyaksika­n persembaha­n tarian singa dan akrobatik yang didatangka­n khas dari China.

Pada majlis itu, Rozman bersama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Yunus Kurus dan Presiden LCCC Datuk Wong Kii Yii turut menyerahka­n angpau kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) serta meraikan warga emas paling tua kategori lelaki dan wanita yang masingmasi­ng berumur 90 tahun.

Sementara itu, mereka yang hadir juga berpeluang memenangi cabutan tiket bertuah wang tunai bernilai RM2,017sumbang­andaripada Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Haji Bashir Haji Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad serta Ketua Kampung Sungai Keling Seah Kiat Leong.

 ??  ?? ROZMAN (empat dari kanan) bersama Wong (empat dari kiri) dan Yunus (lima dari kiri) memotong kek bersama dua warga emas tertua yang diraikan sempena Malam Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 di Plaza LCCC Kampung Sungai Keling.
ROZMAN (empat dari kanan) bersama Wong (empat dari kiri) dan Yunus (lima dari kiri) memotong kek bersama dua warga emas tertua yang diraikan sempena Malam Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 di Plaza LCCC Kampung Sungai Keling.
 ??  ?? ROZMAN (berdiri, kiri) bersama Wong beramah mesra dengan masyarakat Tionghua yang hadir pada majlis itu.
ROZMAN (berdiri, kiri) bersama Wong beramah mesra dengan masyarakat Tionghua yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia