Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda didakwa simpan enjin motosikal curi

-

KOTA KINABALU: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan menyimpan harta curi.

Oleh itu, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 7 Mc tahun ini, sebagai tarikh pengurusan kes terhadap Azuan Anuar, 19.

Tertuduh didakwa menyimpan enjin motosikal curi milik seorang lelaki, pada 7 Februari tahun ini jam 11 pagi, di Jalan TelipokTua­ran, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh lima tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp James Paran mencadangk­an tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Namun, peguam Azhier Farhan Arisin memohon jumlah berkenaan dikurangka­ndanmenyat­akan, ahli keluarga tertuduh berada di Tawau.

Tambahnya, anak guamnya juga memberikan kerjasama dengan pihak polis, ketika disoal siasat.

Cindy memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM3,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, yang mempunyai pekerjaan dan alamat tetap.

Dalam kes berasingan, empat lelaki dikenakan penjara dan denda oleh mahkamah atas kesalahan menggunaka­n dadah.

Walter Lim, Mohd Rafie Aripin, Azhar Abdillah dan Cho Che Vui dikenakan hukumanitu,selepasmen­gaku bersalah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah mengenakan penjara enam bulan dan tujuh bulan masing-masing terhadap Azhar dan Mohd Rafie.

Manakala, Walter dikenakan denda sebanyak RM2,700 atau penjara tujuh bulan, dan Cho didenda RM2,800 atau penjara lapan bulan.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 1 Ogos tahun lalu hingga 8 Februari tahun ini, di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan JSJN Kota Kinabalu, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia