Utusan Borneo (Sabah)

Jalin usahasama laksana Pan Borneo

Walaupun tidak memenuhi kriteria ditetapkan Kementeria­n Kerja Raya

- Oleh YAP SIONG HAN

“Kita perlu mencari kaedah untuk membantu para kontraktor ini dan salah satunya adalah usahasama dengan kontraktor lain. Usahasama ini juga akan memberikan mereka kekuatan kewangan, teknikal dan sebagainya tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan kontraktor warganegar­a sahaja.” DATUK SERI FADILLAH YUSOF Menteri Kerja Raya

KOTA KINABALU: Kontraktor yang terlibat dalam projek Lebuhraya Pan Borneo tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Kementeria­n Kerja Raya dibenarkan untuk menjalin usahasama dengan kontraktor lain untuk melaksanak­an projek yang dianugerah­kan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Sabah mempunyai banyak kontraktor yang berkualiti tetapi sangat kurang dalam pembinaan jalan raya.

“Olehitu,kitaperlum­encari kaedah untuk membantu para kontraktor ini dan salah satunya adalah usahasama dengan kontraktor lain.

“Usahasama ini juga akan memberikan mereka kekuatan kewangan, teknikal dan sebagainya tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan kontraktor warganegar­a sahaja,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat peluang-peluang pakej kerja dan pembiayaan di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di sini, kelmarin.

Beliau menegaskan usahasama itu perlu diketuai oleh kontraktor tempatan memandangk­an kerajaan Pusat telah bersetuju untuk memberikan 70 peratus kerja pembinaan projek itu kepada kontraktor Sabah manakala selebihnya dari luar Sabah.

Katanya kajian yang dilakukan menunjukka­n kemampuan kontraktor di Sabah tidak mencapai tahap yang ditetapkan dan usahasama itu adalah satu pendekatan yang baik.

“Kalau berdasarka­n kriteria kementeria­n, hanya 10 kontraktor sahaja yang mencapai kelayakan seratus peratus untuk menjadi kontraktor utama membina lebuhraya ini.

“Pakej di Sabah telah dipecahkan kepada 35 kesemuanya dan mungkin akan dikecilkan untuk membenarka­n usahasama dilakukan kerana tidak ramai kontraktor di sini yang layak.

“Tetapi untuk kontraktor yang melaksanak­an projek kurang daripada RM200,000, ia tidak menjadi masalah tetapi kontraktor utama itu yang ingin kita dicari,” katanya.

Fadillah berkata kementeria­n sudah mengeluark­an tempoh masa pembinaan yang mana ia mesti diikuti dan PDP Sendirian Berhad yang dilantik menjadi rakan pelaksana perlu bertanggun­gjawab untuk mencari kontraktor tempatan bagi melengkapk­an kesemua pecahan 35 pakej projek itu.

“Seperti Sarawak, mereka hanya mempunyai 11 pakej sahaja yang mana setiap pakej itu bernilai RM1bilion dan syarat yang kita tetapkan adalah mereka mesti mempunyai kekuatan kewangan pendahulua­n bernilai RM100 juta.

“Oleh itu, usahasama ini penting di Sabah untuk membantu kekuatan dari semua segi bagi kontraktor melaksanak­an projek itu dan menyiapkan pada masa yang ditetapkan iaitu penghujung 2021,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n bahawa 10 kontraktor yang ada sekarang ini bukan semuanya bumiputera tetapi adalah syarikat tempatan.

Bagaimanap­un katanya, semua perkara itu masih belum diputuskan dan masih dalam peringkat penilaian untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo tidak tergendala dan disiapkan pada tepat pada masanya.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

 ??  ?? FADILLAH bersalaman dengan sebahagian peserta yang hadir di sesi taklimat itu
FADILLAH bersalaman dengan sebahagian peserta yang hadir di sesi taklimat itu
 ??  ?? FADILLAH ketika menyampaik­an taklimat.
FADILLAH ketika menyampaik­an taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia