Utusan Borneo (Sabah)

Insiden bot karam, isu serius libatkan hubungan dua negara

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Insiden bot karam yang meragut 10 nyawa 7 Februari lepas, disifatkan sebagai perkara serius kerana melibatkan hubungan dua negara berjiran, MalaysiaIn­donesia.

Ketua Pemuda Umno Kalabakan Andi Muhd Suryady Bandy berkata kes itu melibatkan jenayah terancang tertua di sempadan, yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

“Pemuda Umno Kalabakan amat berdukacit­a kerana kes yang berlaku melibatkan angka kematian yang cukup besar dan turut bersimpati terhadap keluarga mangsa terlibat.

“Kita juga percaya isu antarabang­sa di persempada­nan ini perlu diselesaik­an oleh pihak berkuasa dari kedua-dua negara demi kebaikan bersama,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata isu laluan alternatif haram atau lebih popular sebagai ‘jalan samping’ bukannya perkara baharu, malah kes lama yang memerlukan perhatian khusus.

Pihaknya juga kesal kerana golongan oportunis seolah-olah begitu berani menjalanka­n kegiatan mereka dan seperti tidak mempedulik­an kewujudan pasukan keselamata­n.

“Golongan ini perlu diambil tindakan undang-undang dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya mengelak daripada turut terjebak di dalam kegiatan serupa,” katanya.

Andi berkata perkhidmat­an bot laluan haram mungkin menjadi pilihan kepada golongan rakyat kedua-dua negara yang terdesak dan mahu mengelak daripada proses dokumentas­i.

Menurutnya Pemuda Umno Kalabakan juga khuatir jika ‘jalan samping’ akan turut dimanipula­sikan aktiviti teroris bukan hanya di negara jiran, tetapi juga di negara ini.

“Kita juga bimbang terhadap dakwaan wujud aktiviti penyeludup­an dadah dari Tawau ke Nunukan dan Sg Nyamuk Sebatik Indonesia, menggunaka­n ‘jalan samping’,” katanya.

Menyentuh hal berasingan, beliau berharap generasi muda tidak menggunaka­n ‘jalan samping’ untuk mencapai kejayaan di dalam bidang sukan, dengan bahan terlarang.

“Kita berharap anakanak muda mengamalka­n gaya hidup sihat dan persaingan positif untuk mencapai kecemerlan­gan di dalam bidang sukan, selain akademik” katanya.

 ??  ?? ANDI hadir merasmikan Kejohanan Balapan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Merotai Kali ke-42, yang dimenangi SK Bombalai, SK Merotai Besar (kedua) dan SK Merotai Kecil (ketiga) di Kompleks Sukan Tawau.
ANDI hadir merasmikan Kejohanan Balapan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Merotai Kali ke-42, yang dimenangi SK Bombalai, SK Merotai Besar (kedua) dan SK Merotai Kecil (ketiga) di Kompleks Sukan Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia