Utusan Borneo (Sabah)

OB Kunak tahan seorang PTI, rampas peralatan bom ikan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK: Polis menahan seorang lelaki pendatang tanpa izin (PTI) serta merampas beberapa alatan bagi kegunaan membuat bom ikan menerusi Operasi Bersepadu (OB) yang dijalankan pihaknya bertempat di kawasan Kampung Pangi Hujung Kunak, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata lelaki itu yang berusia 40-an ditahan selepas gagal kemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diminta berbuat demikian.

Menurut beliau objektif OB adalah bagi mengesan alat-alat pembuatan bom ikan serta mengesan bot pam yang dimiliki oleh bukan warganegar­a.

Selain itu, pihak polis turut mengumpul berbagai maklumat risikan di kawasan operasi yang dijalankan bagi mengesan sebarang ancaman dan juga perlakuan jenayah.

“Ia sebagai meningkatk­an kawalan keselamata­n serta ketenteram­an awam daripada sebarang ancaman selain meningkatk­an keyakinan masyarakat terhadap usaha berterusan PDRM Kunak dalam memastikan daerah ini selamat,” katanya.

Jelasnya sepanjang OB dilaksanak­an, pihaknya turut mengesan kehadiran pendatang asing yang masuk ke Daerah Kunak, membantera­s dan mencegah jenayah termasuk penyalahgu­naan dadah.

OB yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi itu telah melibatkan seramai 44 orang terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, APM dan Rela, diketuai oleh Asp Ahmad Senawi Kemas (KJPJKK).

Katanya sepanjang OB itu, seramai 137 orang telah diperiksa dan hasilnya seorang lelaki PTI telah ditahan.

Pemeriksaa­n lanjut juga yang dilakukan di sekitar kawasan kampung terbabit, polis turut menjumpai tiga detonater, satu sumbu sepanjang 1 kaki dan dua botol baja amonia dipercayai bahan untuk kegunaan membuat bom ikan yang disembunyi­kan dalam kawasan semak.

“Kesemua rampasan bersama seorang tahanan itu kemudianny­a dibawa balik ke IPD Kunak untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? KELIHATAN anggota bertugas melakukan pemeriksaa­n sebaik tiba di lokasi OB.
KELIHATAN anggota bertugas melakukan pemeriksaa­n sebaik tiba di lokasi OB.
 ??  ?? KAWASAN semak di mana beberapa alatan seperti tiga detonater, satu sumbu sepanjang 1 kaki dan dua botol baja amonia dipercayai bahan untuk kegunaan membuat bom ikan yang berjaya dijumpai.
KAWASAN semak di mana beberapa alatan seperti tiga detonater, satu sumbu sepanjang 1 kaki dan dua botol baja amonia dipercayai bahan untuk kegunaan membuat bom ikan yang berjaya dijumpai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia