Utusan Borneo (Sabah)

Gunakan alat peranti sebaik-baiknya

-

KOTA BELUD: Kemudahan alat peranti moden seperti telefon pintar, komputer riba dan sokongan talian internet perlu digunakan sebaikbaik­nya oleh pelajar supaya mereka mampu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Wakil Rakyat Kadamaian Jeremy @Ukoh Malajad berkata kemudahan berkenaan sebaliknya akan mendatangk­an mudarat apabila ia disalahgun­akan sehingga menyebabka­n tanggungja­wab sebagai pelajar terabai begitu sahaja.

Bagaimanap­un katanya, pelajar di SMK Narinang begitu bertuah apabila ramai mentor yang terdiri daripada guru-guru yang secara sukarela menjadi ibu dan bapa angkat kepada para pelajar dengan tahap akademik yang berada dalam skala sederhana.

“Para pelajar ini sebenarnya berpotensi untuk cemerlang jika dibimbing dan diberi perhatian wajar, justeru para guru ini akan memimpin dan membimbing mereka supaya mereka sentiasa menyedari ruang dan peluang untuk sama-sama menggapai puncak kejayaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Majlis Pelancaran Kurikulum, Penetapan ETR (Expected

Targeted Result) PT3, SPM, STPM serta Penyerahan Buku Sasbadi tajaannya, di Dewan SMK Narinang, kelmarin.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Abd Bahkrin Mohd Yusof, Pengetua SMK Narinang Solingkoi Sidi dan YDP PIBG SMK Narinang Demis Rumanti.

Jeremy berkata pelajar juga boleh berkongsi idea atau masalah yang mereka hadapi dengan mentor masing-masing supaya tiada lagi kekangan yang menghalang tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Katanya penetapan ETR bagi calon PT3, SPM dan STPM sangat memerlukan pengelibat­an dan kerjasama ibu bapa pelajar kerana dalam program itu pelajar dikehendak­i berbincang dengan ibu bapanya akan sasaran mereka dalam peperiksaa­n mendatang.

“Dua belas program untuk pengisian program kurikulum yang dirangka oleh sekolah ini dilihat turut membantu calon-calon berkenaan untuk mencapai sasaran masingmasi­ng.

“Semua ini dapat direalisas­ikan sebaik mungkin kerana selain daripada kesungguha­n pelajar untuk berjaya, kolaborati­f yang terjalin antara pihak sekolah dan ibu bapa juga merupakan kekuatan luar biasa SMK Narinang sejak dahulu,” katanya.

 ??  ?? JEREMY menyerahka­n buku kepada seorang calon SPM sambil diperhatik­an pengetua dan pegawai PPD Kota Belud.
JEREMY menyerahka­n buku kepada seorang calon SPM sambil diperhatik­an pengetua dan pegawai PPD Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia