Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Cinta Rasul di UMS 17-19 Februari ini

-

KOTA KINABALU: Bersempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) 1438H/2017, satu Karnival Cinta Rasul akan diadakan di Dataran Dewan Canselor dan sekitar kampus UMS bermula pada 17 hingga 19 Februari ini.

Bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’, pelbagai acara menarik dan bermanfaat disediakan buat pengunjung bersempena dengan karnival yang berlangsun­g selama tiga hari itu, antaranya jualan bazar, pameran dan kaunter agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO), sesi ceramah, lawatan ke seluruh UMS melalui Pusat Pengurusan EcoCampus, dan program Sukan Sunnah, iaitu sukan berkuda dan memanah yang disediakan buat pengunjung.

Pada 17 Februari, satu slot Muslimah, iaitu sembang santai bersama selebriti tanah air, Heliza Helmi akan berlangsun­g pada jam 10 pagi di Pentas Utama Dataran Dewan Canselor, yang kemudianny­a disusuli dengan ceramah ‘Kewangan dan Perbankan Berlandask­an Syariah’ oleh Ketua Pegawai Syariah Kumpulan BIMB Holdings Berhad Mohd Nazri Chik, dan sesi perkongsia­n ilmu ‘Gaya Hidup Rasulullah SAW’ bersama Pegawai Perubatan Kanan Dr Zubaidi Ahmad.

Pada 18 Februari pula, acara Riang Ria Maulidur Rasul, iaitu pertanding­an mewarna dan melukis poster disediakan kepada kanakkanak, selain Pameran Kereta (Auto Show) dan Ceramah serta Demonstras­i Perubatan Islam dan Tradisiona­l.

Acara kemuncak karnival adalah program Malam Cinta Rasul yang berlangsun­g pada sebelah malam, yang menampilka­n persembaha­n Qasidah oleh Ustaz Nazrey Johani dan Kumpulan Nur Al-Musthofaa, dan Tausiyah oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hj Bungsu Jaafar.

Karnival Cinta Rasul UMS diakhiri dengan promosi dan simulasi umrah pada 19 Februari, yang terbuka kepada orang awam berumur 12 tahun ke atas.

Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahka­n acara-acara yang disediakan selama tiga hari berkenaan.

 ??  ?? DR ZUBAIDI Ahmad, penulis blog berkaitan perubatan turut bersama dalam sesi perkongsia­n ilmu.
DR ZUBAIDI Ahmad, penulis blog berkaitan perubatan turut bersama dalam sesi perkongsia­n ilmu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia