Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Gakum perlu sentiasa bersatu

-

KOTA KINABALU: Para pemimpin kesatuan dalam Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan di Universiti Awam Malaysia (Gakum) diingatkan agar sentiasa bersatu dan sentiasa bermuafaka­t di antara satu dengan yang lain.

Ia demi menjaga keharmonia­n kesatuan dalam melaksanak­an tanggungja­wab membina ukuwah di samping memperjuan­gkan segala permasalah­an daripada setiap anggota Kesatuan di Universiti Awam Malaysia.

Demikian dikatakan oleh Presiden Gakum Ku Azmi Ku Ibrahim semasa menyampaik­an ucaptama pada mesyuarat pertama Gakum yang telah diadakan di Universiti Malaya Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya permuafaka­tan yang terbina akan memberikan keceriaan dan kepercayaa­n kepada semua anggota dalam gabungan berkenaan bagi semua warga universiti masing-masing.

“Semua ahli majlis telah dimaklumka­n Gakum akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dijangka akan diadakan pada 24 Februari 2017.

“Kehadiran ke mesyuarat yang pertama kali pada tahun 2017 ini adalah salah satu titik mula pergerakan gabungan dalam merentasi segala liku permasalah­an yang mendatang,” katanya.

Tambahnya, setiap presiden yang mewakili kesatuan di universiti masing-masing adalah pembawa suara daripada ahli kesatuan yang telah memberikan mandat untuk memimpin ke arah kesejahter­aan.

Lebih40per­wakilanpre­siden dan setiausaha termasuk beberapa pemerhati daripada 19 universiti telah menghadiri mesyuarat berkenaan.

Pemilihan Universiti Malaya adalah sebagai memberikan penghormat­an kepada Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya Ikmal Azam Thanaraj Abdullah yang akan bersara tidak lama lagi.

Ketika ditemui, Ikmal telah memberikan kata-kata semangat kepada semua pemimpin dalam Gakum agar sentiasa menjaga keharmonia­n kesatuan di semua universiti serta di dalam gabungan Gakum.

Katanya dalam memperjuan­gkan hakhak dalam kesatuan, sememangny­a banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan hanya pemikiran yang matang sahaja yang dapat merealisas­ikan semua dugaan itu.

Beliau telah berjuang dalam kesatuan di Universiti Malaya sejak tahun 1998 serta telah bergabung dengan Gakum sehingga kini.

Beliau bergiat aktif dalam perjuangan di beberapa pertubuhan sehingga dipilih mewakili negara ke peringkat antarabang­sa.

Perwakilan daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (Kekaumas) telah diwakili oleh Amat Jutrah Haji Musnih selaku Timbalan Presiden II Gakum dan Presiden Kekaumas dan Rahmat Kasmin selaku Bendahari Kekaumas UMS.

Amat Jutrah berkata mesyuarat kali pertama tahun 2017 telah memperliha­tkan satu keprihatin­an yang amat baik bagi keseluruha­n perwakilan yang banyak menyumbang­kan pendapat yang bernas untuk Gakum.

Bagi Rahmat Kasmin, walaupun kehadiran beliau buat pertama kali dalam mesyuarat berkenaan namun, perasaan amat terharu sekali apabila dapat bersama semua presiden dan setiausaha daripada semua Kesatuan di universiti awam Malaysia.

“Mewakili setiap kesatuan adalah satu perkara yang terbaik untuk mencapai sesuatu keputusan bagi kegunaan sesebuah kesatuan yang diwaikil. Di sinilah kita dapat mengetahui pemimpin mana yang benar-benar berjiwa sebagai pemimpin, menjadi pemimpin bukanlah memimpin untuk dirinya sendiri,” katanya.

Presiden daripada KKAUSM Pulau Pinang Abdul Rahman Ibrahim berkata amanah yang diberikan oleh semua ahli untuk menjalanka­n perjuangan kesatuan dalam membawa kebajikan ahli dan sebagai pengantara di antara majikan dengan pekerja, jauh sekali kita memimpin untuk kepentinga­n diri sendiri,” katanya.

 ??  ?? AMAT JUTRAH MUSNIH
AMAT JUTRAH MUSNIH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia