Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas lelaki tempatan

Miliki senjata api buatan sendiri

- Oleh JOHAN AZIZ

“Hasil siasatan ke atas suspek pada hari yang sama kira-kira jam 2 petang, bertempat di kawasan ladang kebun sawit Jalan Ansip yang dipandu arah oleh suspek, telah membawa penemuan sebuah kenderaan curi ST 757E disyaki palsu. DEPUTI SUPERINTEN­DAN AHMAD JAWILA Ketua Polis Daerah

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan yang memiliki senjata api buatan sendiri ditangkap polis di kawasan hutan belakang rumah suspek di Kampung Kuala Biah, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata suspek berumur 40 tahun disyaki memiliki senjata api buatan sendiri atau ‘ginsok’.

Katanya pada 13 Februari kira-kira jam 11 pagi, bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah diketuai Inspektor Roning Mulut membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kuala Biah.

“Bagaimanap­un, suspek sempat melarikan diri ke kawasan hutan belakang rumahnya apabila menyedari kehadiranp­olis,”katanyapad­a sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, kelmarin.

Katanya polis berjaya menangkap suspek dalam hutan berkenaan. Anggota polis membuat pemeriksaa­n di dalam rumah suspek dan menemui beberapa komponen senjata api buatan sendiri.

Ahmad berkata suspek bersama barang rampasan iaitu satu laras ginsok, tiga batang paip (komponen ginsok), dua botol mengandung­i belerang, tiga botol mengandung­i anak peluru timah, dua botol mengandung­i belerang mancis, tiga kotak mancis dan satu beg kecil warna biru mengandung­i helaian kertas.

Katanya ujian air kencing terhadap suspek juga didapati positif dadah.

“Hasil siasatan ke atas suspek pada hari yang sama kira-kira jam 2 petang, bertempat di kawasan ladang kebun sawit Jalan Ansip yang dipandu arah oleh suspek, telah membawa penemuan sebuah kenderaan curi ST 757E disyaki palsu.

“Hasil semakan yang dijalankan didapati kenderaan ini dilaporkan hilang di Sindumin Sipitang dan ada kaitan dengan laporan polis Sindumin/Rpt/0825/2016Sipita­ng/JSJ/KS/161/2016 yang disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Ahmad memberitah­u kenderaan itu dirampas dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut.

Katanya suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun, atau dikenakan denda RM10,000, atau kedua-dua sekali.

Menurut beliau suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? (Kiri) AHMAD (dua kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri), ASP Mohd Danny (kanan) dan Inspektor Roning Mulut (dua kiri) menunjukka­n kenderaan yang dirampas daripada suspek.
(Kiri) AHMAD (dua kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri), ASP Mohd Danny (kanan) dan Inspektor Roning Mulut (dua kiri) menunjukka­n kenderaan yang dirampas daripada suspek.
 ??  ?? AHMAD (dua kiri) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Inspektor Roning Mulut (dua kanan) menunjukka­n ginsok dan komponen lain yang dirampas daripada suspek.
AHMAD (dua kiri) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Inspektor Roning Mulut (dua kanan) menunjukka­n ginsok dan komponen lain yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia