Utusan Borneo (Sabah)

Belasah aktivis, tujuh pegawai disabit

Ketua inspektor, inspektor kanan, sarjan dan empat konstabel HK terbabit kes 2014

-

HONG KONG: Tujuh pegawai polis Hong Kong didapati bersalah semalam menyerang seorang penunjuk perasaan semasa perhimpuna­n prodemokra­si pada 2014, dalam serangan yang dirakam dan disiarkan di seluruh dunia.

Ketujuh-tujuh mereka didapati bersalah melakukan serangan yang menyebabka­n kecederaan tubuh badan sebenar ke atas aktivis Parti Sivik Ken Tsang, 41, tetapi tidak didapati bersalah atas dakwaan lebih serius menyebabka­n kecederaan parah dengan niat.

Dakwaan itu membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun.

Video serangan itu yang dirakamkan oleh sebuah rangkaian tempatan berhampira­n ibu pejabar kerajaan perbandara­n mengejutka­n penduduk dan menjejaska­n kepercayaa­n mereka terhadap pasukan polis yang disegani.

Ia menunjukka­n sekumpulan lelaki mengheret Tsang yang digari ke satu sudut gelap di taman awam lalu membelasah­nya.

Seorang lelaki yang berdiri di depannya melepaskan tumbuhan bertubi-tubi manakala tiga yang lain menendangn­ya berkali-kali.

Polis telah dikritik atas layanan yang agak kasar terhadap penunjuk perasaan sepanjang 79 hari perhimpuna­n dan sekatan jalanan yang menyebabka­n sebahagian bandar raya itu lumpuh.

Penunjuk perasaan menuntut pilihan raya yang bebas sepenuhnya bagi bakal pemimpin Hong Kong.

Mahkamah Daerah Hong Kong mendapati seorang pegawai telah memijak Tsang dan empat pegawai lain menendangn­ya.

Dua pegawai lain hanya melihat perbuatan rakan-rakan setugas mereka.

“Setiap pegawai polis bertanggun­gjawab mencegah perbuatan jenayah walaupun oleh rakan seperjuang­an,” kata hakim David Dufton.

Ia menambah bahawa Tsang cedera di muka, leher dan kepala akibat serangan itu.

Salah seorang pegawai yang menendang Tsang turut didapati bersalah atas serangan lazim kerana menampar mukanya dua kali selepas mangsa dibawa ke balai polis.

Susulan keputusan itu, peguam bela berkata, protes tersebut telah menjejaska­n moral polis apabila sejumlah pegawainya cedera.

“Kelemahan manusia mengakibat­kan kemerosota­n tujuh pegawai polis yang berdedikas­i,” kata Lawrence Lok kepada mahkamah.

Beliau berkata, defendan Wong Cho-shing, salah seorang pegawai yang hanya melihat serangan itu, telah bekerja untuk tempoh yang lama semasa protes berkenaan serta mengalami penderaan fizikal dan lisan daripada penunjuk perasaan.

Tsang yang merupakan pekerja sosial, turut didapati bersalah tahun lepas menyerang dan melawan pegawai polis pada malam yang sama, apabila menyimbah cecair yang tidak diketahui ke arah mereka.

Dia dijatuhi hukuman penjara lima minggu, tetapi dia akan merayu.

Tsang sendiri tidak hadir di mahkamah semalam tatkala mitigasi diteruskan petang semalam disusuli penjatuhan hukuman.

Sementara itu, para pegawai terbabit terus ditahan reman.

Kumpulan penunjuk perasaan bertentang­an berkumpul di luar mahkamah, dengan penyokong propolis melebihi kumpulan kecil penunjuk perasaan prodemokra­si.

Hampir 1,000 orang ditahan sepanjang protes pada 2014 itu.

Ketua perhimpuna­n Nathan Law, Joshua Wong dan Alex Chow kesemuanya disabitkan pada Ogos lalu kerana terlibat atau menghasut penyertaan orang lain dalam protes yang melanggar undang-undang dan mencetuska­n demonstras­i besar-besaran.

Mereka dijatuhi hukuman perkhidmat­an komuniti atau penjara tertangguh selepas majistret menyatakan beliau percaya mereka telah menyuaraka­n pandangan mereka dengan jujur semasa protes tersebut, yang menyaksika­n para pelajar mendaki tembok untuk memasuki kompleks kerajaan. — AFP

Setiap pegawai polis bertanggun­gjawab mencegah perbuatan jenayah walaupun oleh rakan seperjuang­an. DAVID DUFTON Hakim

 ?? — Gambar Reuters ?? LIMA daripada tujuh pegawai (dari kiri) Ketua Inspektor Wong Cho-sing, konstabel Chan Siu-tan dan Kwan Ka-ho, Sarjan Pak Wing-bun dan Inspektor Kanan Lau Cheuk-ngai tiba di mahkamah di Hong Kong, semalam. Gambar sisipan menunjukka­n (dari kiri)...
— Gambar Reuters LIMA daripada tujuh pegawai (dari kiri) Ketua Inspektor Wong Cho-sing, konstabel Chan Siu-tan dan Kwan Ka-ho, Sarjan Pak Wing-bun dan Inspektor Kanan Lau Cheuk-ngai tiba di mahkamah di Hong Kong, semalam. Gambar sisipan menunjukka­n (dari kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia