Utusan Borneo (Sabah)

Bapa borek anak rintik

-

PENNYSYVAN­IA: Anak angkat Jerry Sandusky, bekas pembantu jurulatih bola sepak di Universiti Negeri Penn yang disabitkan mencabul budak lelaki pada 2012, telah didakwa di Pennsylvan­ia kelmarin atas tuduhan mencabul dua gadis beradik yang merupakan anak teman wanitanya.

Polis Daerah Pennsylvan­ia menahan Jeffrey Sandusky, 41, kelmarin atas tuduhan dia menuntut seks oral dan gambar bogel daripada anak gadis kekasihnya, menurut pihak polis.

Tertuduh dan mangsa serta ibu mereka tinggal di rumah yang sama selama kira-kira lima tahun, menurut polis.

Dia berdepan 14 tuduhan serangan seksual berkanun dan pencabulan seksual terhadap kanak-kanak dan jenayah lain, menurut aduan jenayah yang difailkan di mahkamah di Bellefonte, bandar berhampira­n kampus utama universiti.

Ayahnya disabitkan pada Jun 2012 bagi 45 tuduhan mencabul dan meliwat budak lelaki selama beberapa tahun dan dihukum penjara antara 30 hingga 60 tahun dalam kes yang diawasi ketat dan menjejaska­n universiti serta menggegark­an dunia bola sepak kolej.

Jerry Sandusky, 73, bekas penolong jurulatih kuasa bola sepak kolej universiti dan sebahagian kesalahann­ya dilakukan di dalam kampus.

Dia telah merayu atas keputusan itu.

Matt Sandusky, seorang lagi anak angkat bekas jurulatih itu, turut menuduh Jerry mencabulny­a ketika menjaganya sebagai anak angkat sebelum disahkan.

Polis mulai menyiasat Jeffrey Sandusky pada November, menurut aduan jenayah, yang tidak mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa.

Salah seorang mangsa menyimpan teks pesanan ringkas dari Jeffrey yang ingin mendapatka­n gambar bogelnya pada Mac 2016 dan menunjukka­nnya kepada ayahnya, yang mengadu kepada polis, menurut polis.

Jeffrey, yang membela ayahnya tidak bersalah dalam temu bual 2015, muncul di mahkamah kelmarin.

Jabatan Penjara Pennsylvan­ia menyatakan Sandusky dipecat dari jawatannya di sebuah penjara di Rockview.

Salah seorang mangsa mendakwa berusia 16 tahun ketika Sandusky meminta gambar payudarany­a dengan alasan ia bukan permintaan yang pelik kerana dia mempelajar­i tentang perubatan, menurut polis.

“Kamu hanya cuba membuatkan saya berasa bersalah dan melakukann­ya,” tulis mangsa kepada suspek pada penghujung perbualan, menurut polis.

“Kamu tahu siapa yang berbuat begitu? Perogol dan pendera, bukannya bapa tiri yang menjaga anak tirinya.

“Saya tidak tahu berapa kali saya perlu memberitah­u kamu tidak dan berhenti sebelum kamu mendapatka­nnya.”

Mangsa memberitah­u kakaknya, yang kemudian memberitah­u bahawa Sandusky telah memintanya melakukan seks oral beberapa tahun sebelumnya, ketika mangsa berusia 15 tahun, menurut polis.

Si adik menunjukka­n teks Jeffrey kepada ayahnya yang menghubung­i polis, kemudian kedua-dua mangsa memaklumka­n ibu mereka pada petang tersebut lalu bertindak menemui Jeffrey.

Si ibu dan kedua-dua anaknya memberitah­u polis bahawa Sandusky memerlukan gambar itu untuk membolehka­nnya mengeluark­an gambar bogel lain mangsa dari Internet.

Keluarga itu menyatakan tiada gambar sebegitu dalam talian sebelum si ibu menghalau Jeffrey keluar dari rumah tersebut. — Reuters

 ??  ?? JEFFERY SANDUSKY
JEFFERY SANDUSKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia