Utusan Borneo (Sabah)

Pakistan ratapi mangsa Taliban

-

LAHORE: Pakistan semalam meratapi mangsa serangan bom nekad Taliban di Lahore, ketika angka kematian meningkat kepada 15 orang dan penduduk bandar mengecam kerajaan kerana gagal melindungi mereka.

Ketua menteri wilayah Punjab Shahbaz Sharif mengumumka­n hari berkabung selepas letupan kelmarin yang dipercayai menyasari anggota polis yang menguruska­n protes sibuk waktu puncak di Mall Road, salah satu jalan utama di Lahore.

Sekurang-kurangnya 15 orang maut, menurut pegawai kecemasan Ahmad Raza, termasuk enam pegawai polis, manakala hingga 87 orang lagi cedera.

Upacara pengebumia­n rasmi diadakan semalam untuk beberapa mangsa.

Angka kematian mungkin lebih tinggi tetapi van berita TV dan van mini milik seorang penunjuk perasaan dipercayai menyerap kebanyakan impak letupan, tambah Raza.

Taliban Pakistan Jamaatul-Ahrar mengaku bertanggun­g-jawab, tiga hari selepas ia mengumumka­n akan melancarka­n siri serangan ke atas sasaran kerajaan di seluruh negara.

Penduduk Lahore menyuaraka­n kemarahan mereka terhadap militan dan kerajaan di tempat kejadian awal semalam.

“Mereka (militan) cuma tahu membunuh orang, kejadian ini adalah perbuatan terorisme semata-mata,” tegas penduduk Tariq Saleem.

“Anak-anak kami dan orang ramai yang maut dalam serangan sebegini,” kata penduduk Nadeem Akhter.

Sejurus selepas serangan kelmarin, dua anggota pasukan pemusnah bom maut di Quetta, Balochista­n ketika cuba mematikan satu alat.

Tidak dapat dipastikan sama ada bom di Quetta dan Lahore ada kaitan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia