Utusan Borneo (Sabah)

Tampil dengan yakin dan tingkah laku baik

-

KOTA KINABALU: Tampil dengan yakin dan tunjukkan sifat kepimpinan serta tingkah laku yang baik antara rahsia kejayaan yang membolehka­n Ericquely Lacius Yusok, 25, menjadi antara 75 orang siswazah bertuah yang terpilih menyertai Program Pembanguna­n Profesiona­l (PDP) Iltizam pada tahun lalu.

Ericquely yang berasal dari Ranau adalah satu-satunya pelatih dari Sabah yang diterima menjalani latihan PDP Iltizam sejak program itu mula dilaksanak­an pada 2012.

Program yang dilaksanak­an oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) itu menerima 3,000 permohonan pada tahun lalu dan Ericquely antara pemohon yang bertuah.

Beliau berkata pelaburan dari segi kewangan harus dilakukan jika ingin menjalani latihan PDP Iltizam itu kerana program berkenaan hanya dilaksanak­an di Semenanjun­g Malaysia. Maka, pelatih dari Sabah harus bersedia membiayai kos pengangkut­an sendiri untuk membolehka­n mereka menyertai proses penilaian yang dilakukan.

Katanya daripada 200 pelatih yang disenarai pendek, hanya 75 orang sahaja yang akan diserap masuk untuk menjalani latihan pembanguna­n profesiona­l selama setahun.

Proses Penilaian adalah penentu bagi membolehka­n mereka diterima mahupun tidak maka, tampilkan segala tingkah laku yang baik sepanjang proses penilaian dilakukan, demikian saranan Ericquely kepada pemohon dari Sabah yang ingin menyertai PDP Iltizam.

Siswazah kelulusan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam bidang kejurutera­an (Petroleum) ini merasa amat beruntung kerana biarpun bidang yang dipelajari dalam latihan itu bukan bidang yang diambil semasa di UTP namun, beliau mampu menyesuaik­an diri dengan mudah.

Menjalani latihan dalam industri perkapalan di Orkim Sdn Bhd dalam Jabatan Komersil membuka ruang kepadanya mempelajar­i bidang berlainan dengan kursus yang diambil semasa di universiti.

Katanya dengan pasaran kerja yang semakin mencabar, beliau bersedia dengan hati yang terbuka untuk mempelajar­i apa sahaja bidang latihan yang boleh meningkatk­an kebolehpas­aran kerjanya.

Ericquely berkata beliau memutuskan untuk menyertai program berkenaan selepas gagal menerima panggilan kerja dalam bidang kejurutera­an ketika tamat pengajian pada 2015.

Sebelum menyertai PDP Iltizam, beliau bertugas sebagai guru ganti di SMK Matupang, Ranau selama dua bulan.

Beliau berharap dengan langkah Ekuinas memperluas­kan proses penilaian di Sabah bagi sesi pengambila­n 2017/2018 ini, lebih ramai siswazah tempatan yang akan memohon bagi menjalani latihan dibawah PDP Iltizam.

 ??  ?? ERIQUELY
ERIQUELY
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang dijalankan semasa latihan dalam Program Pembanguna­n Profesiona­l (PDP) Iltizam.
ANTARA aktiviti yang dijalankan semasa latihan dalam Program Pembanguna­n Profesiona­l (PDP) Iltizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia