Utusan Borneo (Sabah)

Ekuinas perluas pencarian ke Sabah

Melalui program PDP Iltizam

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Setelah berjaya melatih 209 orang siswazah universiti melalui Program Pembanguna­n Profesiona­l (PDP) Iltizam sejak dilaksanak­an pada 2012, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) kini memperluas­kan pencarian pelatih ke Sabah pada tahun ini.

Pencarian yang akan dilakukan melalui Proses Penilian pada 6 Mei ini dijangka mampu menarik kira-kira 100 siswazah universiti awam dan swasta di Sabah bagi menyertai program latihan graduan melalui PDP Iltizam ini.

Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan Ekuinas Hizwani Hassan berkata, proses penilaian itu diperluask­an hingga ke Sabah berikutan permohonan yang diterima dari Sabah dan Sarawak setakat ini kurang memberangs­angkan.

“Atas sebab itu, buat pertama kalinya Ekuinas akan melakukan proses penilaian di negeri ini bagi memberi peluang kepada siswazah yang tidak bekerja untuk menjalani latihan di bawah PDP Iltizam yang dilaksanak­an di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Ekuinas.

“Sejak permohonan dibuka pada Januari lalu, terdapat 800 permohonan sudah diterima dan permohonan bagi tahun ini akan ditutup pada 20 Mac ini,” katanya semasa Taklimat Program PDP Iltizam oleh Ekuinas, di sini, kelmarin.

Menurutnya dengan kadar kejayaan sebanyak 90 peratus dalam memastikan pelatih memperoleh pekerjaan selepas tamat menjalani latihan selama setahun, beliau berharap lebih ramai permohonan yang diterima pada kali ini terutama daripada lepasan graduan di Sabah.

Ia kerana sehingga kini, permohonan dari Sabah dan Sarawak yang diterima tidak lebih daripada 10 permohonan.

Hizwani berkata keutamaan diberi kepada siswazah yang berasal dari keluarga berpendapa­tan RM5,000 sebulan dan ke bawah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.0. Usia pemohon juga hendaklah tidak melebihi 27 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata setiap tahun seramai 75 pelatih sahaja yang diambil mengikuti PDP Iltizam itu dari seluruh negara.

Ditanya ada kemungkina­n Ekuinas akan mengambil lebih ramai pelatih jika permintaan tinggi, Hizwani berkata ia bergantung kepada peruntukan kewangan dan kekuatan kakitangan Ekuinas.

Katanya dalam melaksanak­an program CSR Ekuinas, sebanyak RM18 juta diperuntuk­kan dalam tempoh lima tahun. Untuk pelaksanaa­n PDP Iltizam tahun ini pula sebanyak RM23 juta diperuntuk­kan.

PDP Iltizam adalah program untuk membangunk­an graduan bumiputera agar mempunyai kebolehpek­erjaan dan ke boleh pasar anyang tinggi selepas tamat program.

Program itu juga dilihat sebagai usaha menangai isu graduan sukar memperoleh pekerjaan dan menganggur setelah tamat pengajian.

Pelatih PDP Iltizam ditawarkan gaji RM2,500 sebulan serta beberapa faedah lain yang dinikmati oleh pekerja tetap.

“Melalui PDP Iltizam ini, pelatih akan menjalani latihan seperti latihan ‘on-the-job’, pengurusan dan perniagaan, pembanguna­n kepimpinan, pembelajar­an Bahasa Inggeris, penyampaia­n dan komunikasi dan ‘one-on-one coaching’,” katanya.

Hizwani berharap pelaksanaa­n PDP Iltizam akan turut mendapat kerjasama daripada syarikat dari Sabah dalam memberi ruang kepada pelatih menimba pengalaman melalui latihan on-the-job.

Setakat ini, di Semenanjun­g Malaysia, syarikat yang menjalin kerjasama dengan Ekuinas dalam menerima pelatih PDP Iltizam untuk menjalani latihan adalah seperti Al-Ikhsan, Manhattan Fish Market, Kumpulan Cosmopoint, Universiti Antarabang­sa Tun Abdul Razak (Unitar), Orkim Sdn Bhd, Icon Offshore Berhad dan beberapa syarikat lain.

“Atas sebab itu, buat pertama kalinya Ekuinas akan melakukan proses penilaian di negeri ini bagi memberi peluang kepada siswazah yang tidak bekerja untuk menjalani latih andi bawah PDP Iltizam yang dilaksanak­an di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Ekuinas. HIZWANI HASSAN Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan Ekuinas

 ??  ?? HIZWANI (dua kanan) bersama pelatih PDP Iltizam semasa sidang media mengenai program Ekuinas.
HIZWANI (dua kanan) bersama pelatih PDP Iltizam semasa sidang media mengenai program Ekuinas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia