Utusan Borneo (Sabah)

Ahli ekonomi bimbang kesan penjualan Proton terhadap pekerja tempatan

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli ekonomi menyuaraka­n kebimbanga­nnya mengenai kesan penjualan kepentinga­n majoriti Proton Holdings Bhd (Proton) kepada rakan kongsi strategik asing (FSP) terhadap pekerja tempatan di kilang pengeluara­n di Tanjung Malim, Perak.

Ahli Ekonomi Ramlan PointOn Consultus Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan berkata langkah itu sebaliknya wajar disambut baik jika kilang pengeluara­n berkenaan dapat dipertingk­atkan bagi tujuan pasaran eksport di rantau Asia.

“Ini sudah semestinya dapat meningkatk­an pekerjaan dalam negara kita kerana lebih mudah menggunaka­n pekerja tempatan berbanding asing.

“(Namun) jika rakan kongsi asing itu memutuskan bahawa lebih mudah jika kilang itu ditempatka­n di negara asal mereka, atau mengasingk­an perniagaan; mengekalka­n kilang berkenaan di sini dan mempunyai satu lagi kemudahan sama di negara mereka... ini pasti menjejaska­n kadar pekerjaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara Forum Tadbir Urus Ekonomi Dalam Tadbir Urus Sektor Awam anjura Persatuan Ekonomi Malaysia di sini, kelmarin.

Jorah bagaimanap­un menyifatka­n semua keadaan itu sebagai kemungkina­n dan sebarang jawapan muktamad (mengenai FSP) akan diumumkan oleh Proton pada Rabu ini.

“Ini semua adalah ‘jika’... jika anda ada rakan Asia, mereka berkemungk­inan mahukan kemudahan itu di negara asal kerana faktor tenaga kerja yang lebih murah di sana.

“Jika rakan itu sebaliknya adalah dari Eropah, tidak mungkin kilang itu ditempatka­n di negara asal kerana kos buruh yang lebih tinggi,” katanya.

Jorah bagaimanap­un menegaskan, siapa pun yang menjadi pilihan Proton, pelaburan berkenaan akan menguntung­kan pengeluar kereta nasional itu.

Mengulas mengenai perubahan struktur tenaga kerja, beliau berkata ia terpulang kepada budi bicara FSP untuk menyenarai­kannya atau tidak dalam terma dan syarat-syarat perjanjian kontrak terbabit.

“Tiada apa yang perlu kita bimbangkan jika mereka dari awal lagi menegaskan bahawa ia (syarat) itu kekal seadanya,” katanya.

Dari segi jaminan pekerjaan, Jorah berharap terma dan syarat perjanjian antara Proton dan FSP itu mampu menyelamat­kan kira-kira 60,000 pekerjaan.

“Saya berharap ada klausa tertentu dalam kontrak yang menyatakan bahawa ia (FSP) tidak dibenarkan membuang pekerja atau mengurangk­an jumlah mereka kerana amat penting untuk memastikan pekerja itu dilindungi,” katanya.

Malah, jelasnya, ada kaitan tidak langsung antara tenaga kerja dan jaminan ekonomi kerana sebarang tindakan mengurangk­an pekerjaan boleh memberi kesan terhadap aspek bagaimana Malaysia dapat meningkatk­an penggunaan­nya dalam ekonomi.

Mengulas sama ada FSP itu perlu mengekalka­n kilang pengeluara­n Proton di Tanjung Malim berbanding jenama Proton itu sendiri, Jorah menegaskan, jenama boleh diubah namun ia bergantung sama ada ia dibenarkan mengikut perjanjian kontrak berkaitan.

Menurutnya, jenama Proton itu dikenali di Malaysia dan negara tertentu di Asia dan biarpun sudah dieksport ke United Kingdom dan Asia Barat, jumlahnya kecil.

Beliau turut menyifatka­n rancangan Proton melibatkan penyertaan FSP sebagai langkah amat baik dari perspektif perniagaan berikutan dasar Malaysia yang sentiasa menyambut baik pelaburan asing.

Menurutnya, di New Zealand misalnya, banyak perniagaan di negara itu termasuk bank-bank yang dimiliki oleh rakyat Australia.

“Oleh itu, sama ada Proton memilih rakan kongsi dari negara Asia atau Eropah, ia tidak memberi perbezaan ketara dalam aspek teknologi kerana kita juga ada banyak kereta asing di Malaysia, terutamany­a kereta Eropah dan Jepun,” katanya.

Jorah berkata, negara-negara Eropah mempunyai pendirian yang jelas dari segi kaedah perniagaan yang dijalankan dan amat telus mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dan ia berbeza dari negara perindustr­ian baharu Asia seperti China.

“Bagi saya, mereka (China) sedang berusaha untuk melaraskan­nya tetapi (hakikatnya) mereka masih baharu.

“Akan ada kecenderun­gan untuk kemungkina­n mereka mewujudkan semula peraturan tertentu...jika ia dilakukan di negara asal, kita tidak boleh berbuat apa-apa tetapi andai ianya di Malaysia, sudah pasti ini menyentuh peraturan di sini.

Kita boleh menentukan apa yang kita harapkan daripada pelabur.

“Saya berharap mereka menyenarai­kan semua terma dan syarat itu sebelum memutuskan untuk meneruskan rancangan FSP. Kita perlu ada syarat atau kontrak yang amat jelas...apa yang sebenarnya diingini atau mahu dielak daripada berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia