Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna Malaysia rancang belanja hampir RM700 pada Hari Valentine

-

KUALA LUMPUR: Pengguna Malaysia merancang untuk berbelanja sehingga hampir RM700 secara purata pada Hari Valentine, menurut Kajian Keutamaan Pembelian Pengguna oleh Mastercard.

Mastercard berkata, kirakira 62 peratus rakyat Malaysia merancang untuk menikmati hidangan istimewa pada hari berkenaan, manakala 63 peratus akan meraikan pasangan mereka dengan hadiah.

“Bunga juga merupakan pilihan utama bagi pengguna Malaysia (27 peratus), diikuti barang kemas (23 peratus) serta, pakaian dan barangan kulit (22 peratus),” menurut Mastercard dalam kenyataan.

Bagi negara lain di AsiaPasifi­k, pengguna merancang berbelanja secara purata sebanyak AS$133 (AS$1 = RM4.47) bagi hadiah hari Valentine, dengan China mendahului perbelanja­an sebanyak AS$310, disusuli Hong Kong (US$282) dan Taiwan (AS$271).

Data Asia-Pasifik adalah berdasarka­n Keutamaan Pembelian Pengguna bagi separuh pertama 2017, dengan 9,123 responden di 18 pasaran seluruh rantau itu, berumur antara 18 dan 64 tahun, ditanya mengenai rancangan perbelanja­an mereka pada hari Valentine 2017.

Walaupun bunga menjadi hadiah pilihan utama, namun menurut Indeks Kasih Sayang Mastercard global tahunan kedua, kepopulara­n bunga mungkin tidak dapat bertahan tahun depan.

Indeks itu menunjukka­n bahawa jualan bunga semakin lembap di Asia-Pasifik, dengan transaksi menurun 34 peratus antara 2014 dan 2016.

Indeks Kasih Sayang Mastercard itu dilaksanak­an dengan menganalis­is transaksi kad kredit, debit dan prabayar bagi tempoh tiga tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia