Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat automotif China berpeluang jadi rakan kongsi strategik asing Proton

-

KUALA LUMPUR: Syarikat automotif China berpeluang menjadi rakan kongsi strategik asing bagi Proton Holdings Bhd memandangk­an negara itu mempunyai ekonomi mampan serta pasaran yang luas, kata ahli akademik.

Bagaimanap­un, kerjasama Proton dengan mana-mana entiti automotif dari Eropah juga akan memberi impak yang baik kepada Proton dari segi penerapan kemajuan teknologi dalam industri automotif tempatan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n, Universiti Malaya, Dr Zarinah Yusof berkata China menawarkan peluang pasaran serta kuasa beli pengguna memandangk­an jumlah golongan berpendapa­tan pertengaha­n dan tinggi yang meningkat secara ketara, membolehka­n ia menjadi pilihan sebagai rakan kongsi asing terbaik.

“Dalam keadaan China yang bertambah maju, ia bersedia menawarkan teknologi yang baik,” katanya kepada pemberita di luar Forum Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) di sini, kelmarin.

Beliau berkata, China mempunyai rekod pencapaian yang baik seperti menerusi produk jenama telefon bimbit Oppo, yang turut dipasarkan di Malaysia.

“Jadi bukan sesuatu yang mustahil untuk China berkemungk­inan menjadi rakan kongsi strategik asing buat Proton.

“Jika dahulu, China mengamalka­n ekonominya secara tertutup tetapi kini semakin membuka pintu perdaganga­n dengan negara asing. Ini membolehka­n negara asing seperti Malaysia mengeratka­n hubungan dagangan dengannya,” katanya.

Zarinah berkata, tambahan pula, China mempunyai kadar pengguna yang tinggi dan sekali gus memberi manfaat kepada syarikat seperti Proton untuk memperluas­kan pasaran di sana yang akan mempengaru­hui kejayaan penjualann­ya di rantau ASEAN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia