Utusan Borneo (Sabah)

YA1M rancang lancar kutipan dana bantu penghibur tanah air

- Oleh ALFRED PETRUS

YAYASAN Artis 1Malaysia (YA1M) kini merancang untuk melancarka­n kutipan dana bagi membantu penghibur tanah air yang ditimpa kesusahan menerusi konsert mini.

Pengerusi YA1M Datuk Irwan Shah Abdullah berkata pihaknya akan buat persembaha­n khas untuk Penyanyi Ben Nathan yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Tapi buat masa ini, perkara paling penting adalah supaya dia diberikan rawatan sepenuhnya.

“Saya mahu dia turut sama menyanyi dalam konsert itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis sambutan ulangtahun kelahirann­ya ke-69 di sini kelmarin.

Irwan yang lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata usaha berkenaan dijalankan oleh YA1M untuk membela nasib golongan artis tanah air.

Sementara itu, bersempena ulangtahun kelahirann­ya, beliau telah menjemput kira-kira 50 kanak-kanak istimewa untuk memeriahka­n majlis berkenaan.

Majlis itu diadakan di atas sebuah kapal persiaran, North Borneo Cruises, yang mana kanak-kanak istimewa berkenaan telah didatangka­n khas dari empat rumah kebajikan sekitar Kota Kinabalu.

“Pada majlis ini, saya menjemput empat rumah kebajikan iaitu Jireh Home, Bukit Harapan, Seri Mengasih Centre dan Sabah Cheshire Home,” jelasnya.

Beliau telah menyambut hari kelahirann­ya selama 46 kali dengan menjemput rumah-rumah kebajikan dan akan menghiburk­an mereka. Beliau berbuat demikian setelah seorang kanak-kanak kurang upaya yang memberikan beliau dorongan untuk menyanyika­n lagu berbahasa Melayu.

“Selepas kanak-kanak ini menonton rakaman nyanyian saya yang dinyanyika­n dalam bahasa Hindi, dia mendekati saya dan menyaranka­n agar saya merakam lagu itu dalam bahasa Melayu,’’ katanya.

Daripada idea kanakkanak itu, beliau berpeluang merakam lagu ‘Maafkanlah’ dalam album pertama dan sekali gus mempopular­kan namanya dalam industri hiburan tanah air.

“Kerana itulah, saya selalu mendekatka­n diri dengan mereka untuk mengenang jasa kanak-kanak ini yang menjadi pencetus idea kepada saya,’’ tambahnya.

Sempena harijadi beliau, Irwan turut menyampaik­an sumbangan peribadi kepada empat badan kebajikan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia