Utusan Borneo (Sabah)

183 sekolah daif, usang disenarai

Dalam proses perbincang­an untuk dibaiki atau dibina semula: Mahdzir

-

LUNDU: Sebanyak 183 sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri ini disenaraik­an sebagai sekolah daif dan usang kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Jelasnya, sekolah-sekolah tersebut kini juga dalam proses perbincang­an untuk dibaiki atau dibina semula.

“Sekolah-sekolah daif ini kita kategorika­n sebagai Kategori C di mana ia sememangny­a diberi keutamaan tinggi oleh kerajaan.

“Maka itu, saya percaya bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Menteri Sarawak (Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg) sudah membincang­kan perkara ini dan sekolah-sekolah ini akan dibantu sama ada untuk dibaiki atau dibina semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Guru Aktif 1Malaysia: Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Sri Pakma, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu, di sini.

Katanya lagi, selain sekolah daif yang dikategori­kan di bawah Kategori C, kerajaan turut menyenarai­kan sekolahsek­olah lain di seluruh Sarawak di bawah Kategori A iaitu baik dan Kategori B sederhana.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mahdzir juga mendedahka­n bahawa sebanyak 369 sekolah menengah dan rendah yang berada di luar bandar masih menggunaka­n sistem set jana kuasa (generator).

“Kesemua sekolah yang masih menggunaka­n set generator ini adalah kerana lokasinya yang terletak berjauhan daripada laluan grid bekalan elektrik yang dihantar dari pencawang ke pencawang yang lain.

“Jika sekolah-sekolah ini berdekatan dengan laluan grid itu, maka sekolah itu boleh dipertimba­ngkan untuk dimasukkan ke dalam laluan grid supaya mereka tidak lagi perlu bergantung kepada set generator ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia