Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan uzur dinaik taraf jambatan konkrit

-

MIRI: Hampir semua jambatan uzur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin dinaik taraf jambatan konkrit.

Wakil rakyat kawasan itu, Datuk Lee Kim Shin berkata pelaksanaa­nnya adalah di bawah Program Penggantia­n Jambatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan semua kawasan di seluruh negeri.

“Sekiranya ada keperluan penduduk, kita mesti menggantik­an jambatan lama di kawasan mereka,” katanya sambil memberitah­u projek dilaksanak­an secara berperingk­at-peringkat.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan seterusnya merasmikan Jambatan Kampung Katong di Jalan Pujut Padang Kerbau di sini baru-baru ini.

Projek itu di bawah pentadbira­n Majlis Bandaraya Miri (MBM) sementara agensi pelaksana ialah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Muda Pengangkut­an Darat, Udara dan Keselamata­n itu memberitah­u, antara jambatan diganti baharu ialah di Kampung Pangkalan Lutong, Sungai Dalam, Jalan Riam, Tudan Empat, rumah panjang Wak dan Sungai Tapang Kecil Tukau Tengah.

“Dengan adanya program pembanguna­n ini, kita dapat mengenal pasti jambatan sudah tidak selamat digunakan untuk diganti baharu,” katanya.

Mengulas projek di Kampung Katong, Lee berkata jambatan selebar 2.6 meter dan panjang sembilan meter itu mengambil masa enam bulan untuk dibina.

Ia menggantik­an jambatan kayu satu lorong yang kerap mengalami kerosakan akibat limpahan banjir kilat.

Jambatanme­mberimanfa­at kepada komuniti Cina dan Melayu yang merupakan sebahagian besar penduduk mendiami kampung itu.

Penduduk, Yong Ah Sui berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu menyediaka­n kemudahan baharu untuk mereka.

“Dalam setiap dua tahun, kami terpaksa memperbaik­i kerosakan jambatan. Dengan siapnya jambatan konkrit ini pasti menyenangk­an pengangkut­an penduduk,” jelasnya.

Program Penggantia­n Jambatan PBT merupakan program 10 tahun kerajaan negeri yang berakhir penghujung tahun depan.

Sebanyak 330 jambatan di seluruh Sarawak dinaik taraf menerusi program ini.

 ??  ?? LEE (tiga kanan) ditemani wakil JKR, kontraktor dan penduduk meninjau keadaan jambatan baharu Kampung Katong di Miri.
LEE (tiga kanan) ditemani wakil JKR, kontraktor dan penduduk meninjau keadaan jambatan baharu Kampung Katong di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia