Utusan Borneo (Sabah)

19 kawasan di DUN Tanjong Datu diwarta sebagai Rizab Komunal Bumiputera

-

SEMATAN: Sembilan belas kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu berkeluasa­n 23,158 ekar diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri menerusi Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali selain itu berkata, jumlah itu adalah termasuk dalam 26 senarai permohonan yang diluluskan untuk tujuan pengukuran oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Bagi DUN Tanjong Datu, JTS menerima sebanyak 30 permohonan, namun hanya 26 permohonan diluluskan untuk pengukuran.

“Daripada jumlah yang diluluskan itu, 23 kawasan seluas 23,145 ekar dimulakan pengukuran­nya dan sebanyak 22 kawasan seluas 25,049 ekar siap diukur.

“Maka, hasil pengukuran yang dijalankan, sebanyak 19 kawasan berjaya diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Menurut Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Dewan Sentosa, Kem Putra Sentosa di sini, pada Isnin.

Katanya lagi, menerusi peringkat kedua program itu juga, satukawasa­n iaitu Kampung Telok Melano dan Telok Serabang siap diukur lot individu dan sebanyak 235 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri telah dikeluarka­n.

Inisiatif baharu itu katanya, merupakan dasar kerajaan yang bukan hanya ‘omong’ kosong bagi memelihara hak-hak rakyat di negeri ini.

“Ini jelas membuktika­n sudah menjadi dasar kerajaan malah sejak Tun Taib (Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) menjadi Ketua Menteri dan kemudian disambung oleh Allahyarha­m Adenan (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) bahawa kerajaan sentiasa menjamin hak rakyat.

“Kerja-kerja penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera ini telah dimulakan sudah lama, mengikut Ordinan Tanah tapi tidak begitu teratur dan lambat, justeru, inisiatif baharu ini diperkenal agar dapat mempergiat­kan lagi usaha pengukuran NCR ini,” jelasnya.

Katanya, usaha itu juga tidak akan berhasil jika tidak ada campur tangan kerajaan persekutua­n yang memberi bantuan kewangan bagi menjayakan kerja penyukatan tanah tersebut.

Jelasnya, untuk 2017, kerajaan persekutua­n akan memperuntu­kkan sebanyak RM13 juta bagi tujuan kerja penyukatan tanah NCR di seluruh Sarawak.

Pada majlis itu, Awang Tengah menyampaik­an surat hak milik tanah bagi Estet Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Sebako Kampung Pueh sebanyak 86 lot berkeluasa­n lebih kurang 97.75 hektar yang melibatkan 72 pemilik tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia