Utusan Borneo (Sabah)

Kaum Cina digesa bekerjasam­a bangunkan Baram

-

MARUDI: Kaum Cina di kawasan Poyut/Lubok Nibong digesa bekerjasam­a antara satu sama lain dan dengan wakil rakyat mereka bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n di kawasan mereka dan Baram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata Pasukan Baram yang dianggotai Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Adun Marudi Datu Dr Penguang Manggil, Adun Mulu Datuk Gerawat Gala dan beliau sendiri, diharap dapat merealisas­ikan pembanguna­n yang sedang dan bakal dirancang di kawasan Baram.

“Justeru, apa yang penting ialah kerjasama erat kaum Cina di kawasan Baram, tidak kira sama ada dari pekan Long Lama mahupun dari Marudi.

“Apa yang penting harus mengekalka­n semangat harmoni dan silaturahi­m agar bersama-sama Pasukan Baram membangunk­an kawasan ini dan menjadikan ia tempat aman dan baik untuk didiami,” jelasnya.

Dennis berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pesta Angpau sempena Tahun Baharu Cina anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKKK) Kampung Poyut Cina, Marudi di sini.

Dennis turut mengingatk­an kaum Cina di Baram yang berpindah ke bandar besar, supaya sentiasa pulang ke kampung halaman mereka, terutama pada musim perayaan, agar mereka sentiasa dekat dengan kampung halaman masing-masing dan seterusnya mempunyai keinginan untuk memajukann­ya.

Dennis berkata Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pastinya akan meneruskan legasi dan polisi pembanguna­n luar bandar yang digariskan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semasa hayatnya dan berharap agar semua permohonan untuk membangunk­an Baram akan dilulus dan diteruskan oleh beliau (Abang Johari).

Pada majlis sama, Dennis mengumumka­n peruntukan berjumlah RM5,000 untuk JKKK Kampung Poyut Cina, Marudi bagi menjalanka­n aktiviti tahunan mereka.

Turut hadir Ketua Masyarakat Cina Baram Pemanca Chong Chin Hui, Pengerusi JKKK Kampung Poyut Cina Tiong Chiong Hua dan pengerusi penganjur Huong How Ho.

 ??  ?? DENNIS (tengah) bersama tetamu kenamaan di meja utama, menyempura­kan acara ‘Yee Sang’.
DENNIS (tengah) bersama tetamu kenamaan di meja utama, menyempura­kan acara ‘Yee Sang’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia