Utusan Borneo (Sabah)

Pengukuran tanah NCR di S’wak lancar

-

LUNDU: Lebih satu juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh negeri telah dimulakan pengukuran­nya dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 476 kawasan seluas 763,629 hektar atau 1.8 juta ekar siap diukur.

Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia melibatkan 610 kawasan daripada keseluruha­n 692 permohonan kawasan yang telah diluluskan untuk pengukuran di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu setakat 31 Januari tahun ini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 395 kawasan dengan keluasan 610,339 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Manakala baki lima kawasan lagi sedang dalam pelbagai peringkat proses pengukuran dan 129 kawasan lagi merupakan kawasan bermasalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian), Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada Kampung Gerunggang, Kampung Klaoh, Kampung Pasir Hilit Melayu, Kampung Temelan Dayak dan Kampung Stunggang Ulu di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Opar Datuk Ranum Mina, Setiausaha Tetap Kementeria­n Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Datu Sudarsono Osman, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak Zaidi Mahdi dan Penguasa JTS Bahagian Kuching Ramzi Abdillah.

Dalam pada itu, Awang Tengah berkata kerajaan akan mempertimb­angkan usaha untuk mengukur lot tanah individu bagi tujuan pengeluara­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri melalui peringkat kedua program tersebut.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 6,631 lot individu berjaya diukur melibatkan sebanyak 38 kawasan seluas lebih kurang 7,469 hektar.

Katanya daripada jumlah ini sebanyak 3,984 surat hak milik dikeluarka­n melibatkan 26 kawasan dengan keluasan 3,886 hektar.

Selain Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu, Awang Tengah berkata kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaa­n programpro­gram lain dalam menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka.

Beliau berkata setakat 31 Januari tahun ini, secara keseluruha­nnya sebanyak 154,505 surat hak milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri seluas 297,733 hektar telah dikeluarka­n bagi tujuan pertanian di seluruh Sarawak.

Kerajaan juga, katanya akan meneruskan pelaksanaa­n programpro­gram lain termasuk Program Pengukuran Kampung Tradisiona­l.

Tambah beliau, daripada jumlah itu sebanyak 15,156 surat hak milik tanah Seksyen 18 dengan keluasan lebih kurang 29,821.95 hektar adalah di bahagian Kuching.

 ??  ?? AWANG Tengah, Wan Junaidi bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para penerima Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian), Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dari Kampung Gerunggang, Kampung Klaoh, Kampung Pasir Hilit Melayu, Kampung Temelan...
AWANG Tengah, Wan Junaidi bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para penerima Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian), Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dari Kampung Gerunggang, Kampung Klaoh, Kampung Pasir Hilit Melayu, Kampung Temelan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia