Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi di S’wak catat perolehan RM270j

-

KUCHING: Sebanyak RM270 juta perolehan dicatatkan melalui aktiviti koperasi di negeri Sarawak pada 2016.

Menurut Naib Presiden Eksekutif (Pembanguna­n Koperasi) Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Datin Zuraidah Hasni, perolehan tersebut dicatatkan melalui aktiviti 979 koperasi yang berdaftar untuk negeri Sarawak sahaja.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 350,000 orang merupakan ahli koperasi dengan pegangan syer atau yuran berjumlah RM170 juta dan jumlah aset sebanyak RM580 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Cek Tabung Pinjaman Suntikan Modal Koperasi (TPSMK-SUNTIK) kepada Koperasi Jelupang Roban Saratok Berhad (KJRSB ) pada Isnin.

Beliau menambah, bagi statistik gerakan koperasi di bahagian Sri Aman/Betong berakhir 31 Disember tahun lepas, sebanyak 111 koperasi didaftarka­n dengan melibatkan jumlah syer atau yuran sebanyak RM1.4 juta dan nilai aset sebanyak RM9.5 juta.

Manakala perolehan dicatatkan menjangkau RM10 juta.

Zuraidah berkata SKM akan sentiasa memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi di samping menggalak serta mempromosi­kan pembanguna­n koperasi di seluruh negara.

Pada majlis itu, Zuraidah turut menyampaik­an cek pinjaman sebanyak RM100,000 kepada KJRSB.

Dana ini akan digunakan sebagai modal tambahan bagi aktiviti kedai runcit koperasi.

Dengan tambahan suntikan modal ini, KJRSB dijangka dapat meningkatk­an perolehan pada 2017 berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Turut hadir Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Osman Ismail dan Pengerusi KJRSB Steward Belintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia