Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 juara Karnival Sukan Rakyat 2017

-

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 muncul juara keseluruha­n Karnival Sukan Rakyat 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan, Ahad lalu.

MPP Zon 4 yang diwakili empat kampung iaitu Bebuloh, Belukut, Sungai Bedaun dan Sungai Buton serta dua taman perumahan, Taman Mutiara dan Taman LDA Bedaun muncul juara selepas menjuarai empat acara daripada 8 acara utama yang dipertandi­ngkan.

Pengerusi MPP Zon 4 Haji Chemat Haji Mustapha berkata, empat acara yang dimenangi oleh pasukannya ialah bola sepak lelaki 9 sebelah kain pelikat, tarik tali, congkak berpasukan dan tarik upih kategori 1635 tahun.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama 110 peserta termasuk pegawai dan penyelaras sukan. Terima kasih kepada semua ahli MPP Zon 4,”katanya.

Karnival Sukan Rakyat 2017 menyediaka­n lapan acara sukan utama iaitu boling kelapa, galah panjang, congkak, lari dalam guni, bola sepak 9 sebelah kain pelikat, tarik tali, tarik upih dan sepak raga bulatan yang masing-masing dikendalik­an setiap zon.

Karnival Sukan Rakyat 2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan disertai 600 peserta yang mewakili lapan Zon MPP.

Majlis penyampaia­n hadiah disampaika­n oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Haji Bashir Haji Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad.

Bashir yang mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yakin menerusi program itu, hubungan baik yang sedia terjalin antara pemimpin dan ahli di setiap Zon MPP akan berterusan bagi manfaat penduduk kampung dan taman perumahan terbabit.

“Karnival Sukan Rakyat memberi ruang dan peluang ahli dan penduduk kampung beramah mesra dan merapatkan persahabat­an dengan pemimpin di pelbagai peringkat khususnya MPP,”katanya.

Terdahulu Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan bersama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Yunus Kurus turut menyaksika­n acaraacara yang dipertandi­ngkan pada karnival berkenaan.

 ??  ?? AZHAR (tujuh kiri) menyampaik­an trofi kejuaraan kepada Haji Chemat sambil diperhatik­an Bashir (lima kanan).
AZHAR (tujuh kiri) menyampaik­an trofi kejuaraan kepada Haji Chemat sambil diperhatik­an Bashir (lima kanan).
 ??  ?? ROZMAN (tengah) dan Yunus bersama pemimpin MPP Zon Labuan.
ROZMAN (tengah) dan Yunus bersama pemimpin MPP Zon Labuan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain yang menyertai acara bola sepak kain pelikat.
SEBAHAGIAN pemain yang menyertai acara bola sepak kain pelikat.
 ??  ?? PERLAWANAN persahabat­an antara VIP dan pemimpin MPP (duduk).
PERLAWANAN persahabat­an antara VIP dan pemimpin MPP (duduk).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia