Utusan Borneo (Sabah)

Dua atlet boling padang wakili Sabah

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Dua atlet berbakat berlepas ke Terengganu kelmarin, mewakili Sabah menyertai Kejohanan Boling Padang Remaja Bawah 25 Tahun Perseorang­an dan Terbuka Pairs Kebangsaan 2017.

Kejohanan enam hari itu akan berlangsun­g di Gelanggang Lawn Bowls Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu bermula esok hingga Ahad.

Kedua-dua atlet, Muhammad Hafiz Firdaus M. Affendy (lelaki) dan Sharinna Matinus (wanita) diiringi oleh pengurus pasukan merangkap jurulatih Supian Buang.

“Penyertaan kedua-dua pelatih ini lebih pada sebagai pendedahan kerana mereka masih muda tetapi memiliki bakat yang sangat besar.

“Namun begitu kita tetap meletak sasaran untuk mereka, jika kita peroleh lebih dari apa yang kita sasarkan, itu ialah `bonus’,” jelas Supian ketika dihubungi melalui pesanan suara WhatsApp kelmarin.

“Kita lebih menumpukan pertanding­an peringkat umur 25 tahun ke bawah, di mana kita mensasar Hafiz untuk mara ke separuh akhir.

“Untuk Sharinna, kita berharap beliau mampu melepasi saingan liga kumpulan. Kedua-dua mereka juga akan bersaing dalam acara campuran,” tambah beliau.

“Penyertaan mereka berdua juga merupakan sebahagian dari program persediaan Atlet Sukan Malaysia (Sukma) negeri ini kerana kedua-dua mereka masih layak untuk bertanding­an pada Sukma 2018 nanti.

“Untuk itu, saya berterima kasih kepada Persatuan Boling Padang Sabah, presiden Ladislaus Maluda, timbalan presiden Haji Shuib Hashim dan seluruh ahli jawatankua­sa kerana memberi mandat dan kepercayaa­n ke atas saya untuk membawa pasukan ini,” kata beliau lagi.

 ??  ?? SUPIAN (dari kanan), Hafiz dan Sharinna sedia berlepas ke Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pagi kelmarin.
SUPIAN (dari kanan), Hafiz dan Sharinna sedia berlepas ke Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia