Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Sukan Politeknik jalin NoU

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Majlis Sukan Politeknik, Persatuan Boling Padang Negeri Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah menandatan­gani Nota Persefaham­an (NoU) sebagai usaha melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang dalam bidang kokurikulu­m.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Roslee Yahya berkata, penglibata­n mahasiswa dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum adalah sangat penting bagi setiap pelajar.

“Oleh demikian, usaha kolaborasi ini dilihat satu platform terbaik bagi mencapai matlamat berkenaan yang mana ia menjurus kepada hubungan dan kerjasama antara ketiga-tiga pihak dalam pelbagai perspektif.

“Ia termasukla­h bekerjasam­a dalam pelbagai bidang meliputi kepakaran, latihan kemahiran, sukan, ko-kurikulum dan lain-lain kemudahan yang memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani NoU berkenaan di Bilik Seminar Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) kelmarin.

Terdahulu katanya, jalinan kerjasama antara ketiga-tiga pihak berkenaan telah sedia terjalin melalui beberapa program yang dilaksanak­an.

“...kita saling bekerjasam­a dengan Sekolah Sukan Malaysia Sabah juga terutamany­a dalam menyediaka­n fasiliti di tempat masingmasi­ng.

“Antaranya kemudahan trek olahraga dan lain-lain ditawarkan secara percuma kepada atlet PKK untuk menjalanka­n latihan mereka di sana serta penggunaan Dewan Refflesia PKK sebagai kegunaan Sekolah Sukan,” tambahnya.

Menurutnya, hasil daripada pembudayaa­n sukan dalam kalangan pelajar, PKK telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Khas Politeknik Terbaik sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sukan Politeknik Malaysia (PolySea) 2015 pada tahun lalu.

Beliau yakin dengan kolaborasi seperti NoU itu, momentum kecemerlan­gan berkenaan akan berterusan dan dapat dicapai bersama.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik (MSP) Leftenan Kolonel Mohamad Amin Hamat berkata, MSP telah mengambil langkah proaktif dan berkesan dengan menyelaras serta membangunk­an kira-kira 20 Pusat Pembanguna­n Sukan (PPS) yang bertempat di Politeknik seluruh negara.

“MSP berhasrat untuk mengembang­kan lagi sayapnya dengan memberikan mandat kepada PKK bagi menyelaras­kan programpro­gram Pembanguna­n Sukan Boling Padang Sabah dalam aspek pembanguna­n yang melibatkan pelbagai cabang.

“Ia termasukla­h seperti kepakaran teknikal, kepegawaia­n, kejurulati­han, kemudahan infrastruk­tur, dan banyak lagi,” jelasnya.

Di samping itu katanya, MPS turut memberikan sepenuh kepercayaa­n kepada PKK bagi merintis laluan serta membuka peluang-peluang pendidikan kepada atlet yang berpusat di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

“Peluang berkenaan adalah untuk meneruskan kesinambun­gan dalam bidang sukan melalui sistem Pendidikan Politeknik Malaysia,” katanya.

Turut hadir, Presiden Persatuan Boling Padang Sabah Ladislaus Maluda dan Penolong Kanan Sukan Sekolah Sukan Malaysia Sabah Mohd. Kassnizam Abd. Kassim.

 ??  ?? DARI depan kiri, Ladislaus, Kassnizam dan Roslee menandatan­gani NoU berkenaan.
DARI depan kiri, Ladislaus, Kassnizam dan Roslee menandatan­gani NoU berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia