Utusan Borneo (Sabah)

LAGI KATAMARAN KARAM

14 pemancing dan kru selamat, enjin bot rosak dekat Pulau Sulug

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAKINABA­LU: Seramai 14 pemancing terselamat selepas bot katamaran Fat Cat yang dinaiki mengalami kerosakan sebelum dihanyutka­n dan karam di perairan Pulau Sulug, di sini, pagi Isnin lalu.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata sembilan pemancing dan lima kru bot berumur 20 hingga 50 tahun bertolak dari Jeti Sutera Harbour Resort kira-kira jam 9 pagi untuk memancing di perairan Pulau Sapi.

“Kira-kira jam 11 pagi kemudian, bot terbabit mengalami kerosakan jentera utama di kedua-dua sisi sebelum dihanyutka­n ombak dan terkandas pada kedudukan 11 batu nautika barat daya Pulau Sulug.

“Sembilan daripada pemancing bagaimanap­un berjaya diselamatk­an terlebih dahulu oleh bot daripada Sutera Harbour Resort yang datang ke lokasi kejadian sebaik dimaklumka­n oleh kapten bot itu kira-kira jam 3 petang.

“Lima lagi kru bot termasuk seorang wanita enggan meninggalk­an bot berikutan kru bot lain cuba membaiki bot berkenaan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Pengarah Sistem Pengawasan Maritim (Laut) Sabah (Swasla) Komander Maritim Anoop Kumar Ranjit Rai dan Pemangku Pegawai Memerintah KM Memmon Leftenan Komander Maritim Mohd Khairul Azhar Ishak.

Adam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kapten kapal pada jam 4 petang dan menggerakk­an Bot Kilat 36 ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Bot kilat 36 bagaimanap­un terpaksa berpatah balik berikutan keadaan cuaca yang teruk di lokasi terbabit dan kita menggerakk­an Kapal Maritim (KM) Memmon ke sana kira-kira jam 5.25 petang.

“Kelima-lima kru bot yang gagal membaiki kerosakan bot katamaran itu kemudianny­a berjaya dipindahka­n ke KM Memmon pada jam 7.10 malam dan tiba di Jeti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar jam 10 malam,” katanya.

Beliau berkata tindakan pantaspemi­likbotmela­porkan kejadian kepada pihak Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) adalah faktor utama mangsa berjaya diselamatk­an walaupun anggota berhadapan cuaca buruk dan laut bergelora untuk sampai ke lokasi kejadian.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, APMM masih menjalanka­n operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) lima lagi mangsa bot karam termasuk lima pelancong China dan seorang kru warga tempatan masih diteruskan.

“Kita masih meneruskka­n pencarian yang memasuki hari ke-18 dengan membabitka­n 380 batu nautika persegi di perairan Pulau Mengalum dan utara Pulau Labuan,” katanya sambil menambah, SAR itu direkodkan paling lama di Malaysia.

 ??  ?? KRU bot merakamkan gambar kenangan bersama anggota APMM di KM Memmon.
KRU bot merakamkan gambar kenangan bersama anggota APMM di KM Memmon.
 ??  ?? KRU bot yang diselamatk­an anggota APMM di KM Memmon.
KRU bot yang diselamatk­an anggota APMM di KM Memmon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia