Utusan Borneo (Sabah)

Agensi cenderung rasuah jadi tumpuan SPRM Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penilaian terhadap agensi atau jabatan yang cenderung menjalanka­n rasuah menjadi fokus utama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah tahun ini.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata tugasan pertama SPRM itu

dijalankan menerusi Program ‘Corruption Risk Assessment’

(CRA).

Pihaknya akan menjalanka­n analisa melibatkan laporan dan maklumat dari beberapa tahun lepas ke atas beberapa agensi, jabatan dan kementeria­n yang dilihat cenderung menjalanka­n rasuah.

Menurutnya setakat ini terdapat beberapa agensi dan jabatan yang menjadi tumpuan namun belum boleh didedahkan kerana masih dalam proses kajian.

“CRAadalaht­ugasanpert­ama kita tahun ini dan untuk enam bulan pertama ini kita akan jalankan kajian bagi mengenal pasti mana-mana agensi atau jabatan yang cenderung kepada rasuah.

“Penilaian ini juga untuk melihat kekerapan agensi atau jabatan berkenaan dikaitkan dengan laporan rasuah.

“Bagi fasa kedua tahun ini, SPRM akan mengambil tindakan terhadap pihak berkaitan berdasarka­n kepada analisa yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Tugas Pengarah SPRM Sabah, di sini, kelmarin.

Selainituj­elasnyaSPR­Mturut mengkaji jumlah peruntukan pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan Persekutua­n atau negeri kepada agensi dan jabatan berkenaan.

Sazali berkata kajian yang dibuat itu bagi mengenal pasti sama ada peruntukan yang disalurkan itu benar-benar sampai kepada rakyat.

“KIta juga memberi tumpuan kepada perspektif masyarakat terhadap perkhidmat­an yang disediakan oleh agensi dan jabatan. “Menerusi program

‘walkabout’, saya bersama dengan pegawai SPRM yang lain akan bergaul dengan pelanggan-pelanggan agensi ini.

“Mereka akan ditanya terus tentang persepsi terhadap perkhidmat­an agensi di mana mereka berurusan,” jelasnya.

Katanya hasil daripada maklum balas pelanggan yang diterima, ia akan dikumpulka­n untuk analisa lanjut.

Sehubungan itu, pihaknya berharap setiap penajwat awam dapat memberikan kerjasama baik kepada SPRM dalam usaha untuk memerangi rasuah.

Beliau turut mengingatk­an agar setiap penjawat awam mematuhi semua prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

“Sekiranya ada maklumat tentang rasuah, orang awam perlu tampil dan melaporkan kepada SPRM.

“Kitaadadua­undang-undang perlindung­an termasukla­h Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010 serta Akta Perlindung­an Saksi 2009.

“Undang-undnag ini digunakan bagi melindungi individu yang menjadi pemberi maklumat mahupun saksi,” katanya.

Sazali sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Puterajaya.

Beliau dilantik sebagai Pengarah SPRM Sabah bagi menggantik­an Datuk Shaharom Nizam Abd Manap.

 ??  ?? SAZALI (kanan) saling bertukar dokumen dengan Shaharom (kiri) pada majlis itu.
SAZALI (kanan) saling bertukar dokumen dengan Shaharom (kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia