Utusan Borneo (Sabah)

Nahas bas terburuk di Taiwan saksikan 33 maut

-

TAIPEI: Ahli keluarga yang bersedih semalam berkumpul meratapi orang tersayang selepas sebuah bas membawa pelancong tempatan warga emas terbalik dan menyebabka­n 33 orang maut dalam nahas jalan raya terburuk di Taiwan.

Kumpulan 44 orang itu dalam perjalanan pulang selepas lawatan melihat bunga ceri bermusim di sebuah ladang di wilayah tengah Taichung apabila bas mereka terbabas dari lebuh raya pada malam kelmarin di pinggir Taipei.

Rakaman televisyen menunjukka­n bahagian atas bas tercabut manakala para penumpang bergelimpa­ngan di tepi jalan.

Mangsa terbaharu maut pagi semalam akibat pelbagai kecederaan dan pendarahan dalaman, menurut Hospital Wanfang lantas mengesahka­n angka kematian kini 33 orang.

Polis sedang menyiasat sama ada bas tersebut dipandu laju ketika kejadian, menurut laporan.

Rakaman kamera di atas papan pemuka kenderaan yang berada di belakang bas menunjukka­n ia terbabas dari lebuh raya ke susur keluar lalu terbalik, menyebabka­n bas remuk teruk.

Bas tersebut kemudian diangkut keluar dari tempat kejadian dengan kren.

Para penumpang sedang tidur ketika nahas tersebut.

“Bas senget ketika melalui selekoh, menyebabka­n para penumpang tersedar lalu menjerit,” kata Hsiao Shiu-hua, 54, kepada akhbar China Times.

Ahli keluarga mangsa mengerumun­i tempat kejadian semalam untuk melaksanak­an upacara penyembaha­n si mati.

Mereka menabur wang kertas di cerun di mana bas terbabas dan berdoa.

Ahli keluarga turut berkumpul di rumah pengebumia­n di Taipei di mana beberapa mayat disimpan.

Seorang daripadany­a mengatakan agensi yang menganjurk­an lawatan itu harus bertanggun­gjawab di atas kemalangan itu.

Ente Li berada di rumah pengebumia­n itu bersama sepupunya, 37, yang kematian kakak dan ibu bapanya dalam kejadian itu.

“Mereka berempat tinggal bersama tetapi dia keberatan untuk pergi,” kata Li.

Presiden Tsai Ing-wen melawat rumah tersebut petang semalam dan bercakap seketika dengan ahli keluarga mangsa.

Sesetengah laporan mendakwa pemandu bas telah bekerja selama 14 jam tanpa henti.

Tetapi Ringo Lee dari Persatuan Ejen Pelanconga­n Taiwan mendakwa pemandu terbabit cukup rehat sebelum membawa kumpulan tersebut ke lokasi indah popular Wuling.

Pemandu juga mempunyai dua saman tertunggak, satu daripadany­a kerana tidak memakai tali pinggang keselamata­n, tetapi tiada rekod memandu ketika mabuk, menurut kementeria­n pengangkut­an.

Lee menambah, bas berusia 19 tahun itu adalah kenderaan kelas tinggi dan kementeria­n menyatakan ia sepatutnya menjalani pemeriksaa­n keselamata­n pada April.

Awal bulan ini, 21 pelancong China cedera selepas bas mereka merempuh jambatan kereta api di selatan Taiwan.

Sementara itu, hasil siasatan kes kebakaran bas yang membawa maut pada tahun lepas di pinggir Taipei mendapati pemandu bas sengaja membakar bas berkenaan dalam cubaan membunuh diri sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar penghadang jalan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KREN mengangkat bangkai bas yang remuk di tempat kejadian berhampira­n Taipei, semalam.
— Gambar AFP KREN mengangkat bangkai bas yang remuk di tempat kejadian berhampira­n Taipei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia