Utusan Borneo (Sabah)

Nad Zainal jadi orang Sabah dalam ‘Hujan Panas Di Inderasaba­h’

-

PEMINAT pelakon Nad Zainal pastinya teruja melihat penghayata­n watak dibawakan pelakon berasal dari Kajang, Selangor ini dalam menghidupk­an watak ibu tunggal di kawasan nelayan Sabah yang membesarka­n anak-anaknya dalam keadaan daif dan dibelenggu kemiskinan.

Pada masa sama anaknya berdepan penyakit kronik dan memerlukan bantuan kewangan segera untuk menjalani pembedahan bagi menyelamat­kan nyawanya.

Menonjolka­n lokasi menarik di Sabah dan dibintangi barisan pelakon seperti Nad Zainal dan turut dibantu oleh Marlin Malalin, Zarina Zainoordin, dan Izzue Islam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawa penonton merasai kisah kehidupan keluarga yang berhadapan dengan onak dan duri menerusi tayangan telemovie bertajuk ‘Hujan Panas di Inderasaba­h’.

Berlatar tempat Kg. Inderasaba­h yang terletak di perairan Laut Celebes yang terkenal dengan produk ikan bilis, telemovie arahan pengarah terkenal Jurey Rosli ini disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 21 Februari ini, jam 10.00 malam.

Kisah konflik kekeluarga­an ini mengajak penonton mengikuti perjalanan hidup watak suami isteri iaitu Basir dan Mastura dikurniaka­n dua orang anak dan mereka menjalani kehidupan sebagai nelayan di Inderasaba­h.

Kehidupan mereka suami isteri bahagia sehinggala­h anak bongsunya disahkan mengidap penyakit hati dan tidak dapat hidup lama sekiranya tidak diberi rawatan segera.

Situasi itu membuatkan Basir mula tertekan. Tambah memburukka­n keadaan kemudianny­a beliau mengalami kecacatan ketika bekerja.

Basir semakin tertekan dan akhirnya dia mengambil keputusan yang mengejutka­n bercerai dengan Mastura.

Mastura pula yang terus tabah menjaga anakanakny­a.

Muncul seorang guru prihatin dengan nasib Mastura dan anak-anaknya. Cikgu Lokman tekad membantu Mastura kerana tidak mahu sejarah silamnya dilalui Mastura.

Berkat usaha dan sokongan masyarakat kampung, kutipan derma berjaya dilakukan.

Cemburu dengan keakraban dan rasa prihatin cikgu tersebut kepada Mastura dan anak-anaknya, Basir bertindak menculik Cikgu Lokman. Dia tidak mengetahui niat sebenar cikgu tersebut.

Setelah mengetahui niat Cikgu Lokman, beliau bergegas mencari anaknya namun sudah terlambat. Namun apakah yang berlaku sebenarnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? TEGANG: Adegan tegang dalam telemovie bertajuk ‘Hujan Panas di Inderasaba­h’ lakonan Nad Zainal yang akan disiarkan di TV2 pada 21 Februari.
DAVE (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kanakkanak istimewa yang dijemputny­a.
TEGANG: Adegan tegang dalam telemovie bertajuk ‘Hujan Panas di Inderasaba­h’ lakonan Nad Zainal yang akan disiarkan di TV2 pada 21 Februari. DAVE (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kanakkanak istimewa yang dijemputny­a.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Antara adegan dalam telemovie bertajuk‘Hujan Panas di Inderasaba­h’lakonan Nad Zainal dan Izzue Islam arahan pengarah terkenal Jurey Rosli yang akan disiarkan pada 21 Februari ini.
MENARIK: Antara adegan dalam telemovie bertajuk‘Hujan Panas di Inderasaba­h’lakonan Nad Zainal dan Izzue Islam arahan pengarah terkenal Jurey Rosli yang akan disiarkan pada 21 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia