Utusan Borneo (Sabah)

Remaja 17 tahun didakwa, promosi, sokong dan miliki bahan berunsur IS

Mempromosi, sokong dan miliki bahan berunsur IS

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, atas pertuduhan mempromosi­kan, menyokong dan memiliki bahan-bahan berunsur Islamic State (IS).

Hakim Ravinthran N. Paramaguru menetapkan pada 21 Mac tahun ini, untuk pengurusan kes terhadap tertuduh yang berusia 17 tahun, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 G (a) Kanun sama, kerana mempromosi­kan perlakuan perbuatan pengganas, melalui laman sosial Facebookat­asnamaIska­ndar Zulkarnain dan Telegram.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan sekitar Disember 2015 hingga 4 Ogos tahun lalu, di Yii Villa Apartment, Jalan Buli Sim-Sim, di daerah Sandakan.

Dalam pada itu, tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 130 J(1) (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 J(1) (b) kanun sama.

Mengikut dua pertuduhan itu, tertuduh menyokong kumpulan pengganas melalui laman sosial Facebook dan Telegram, antara Disember 2015 hingga 4 Ogos tahun lalu di tempat yang sama.

Terakhir, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 JB Kanun Keseksaan, apabila didapati memiliki bahan-bahan berunsur IS di dalam telefon bimbit miliknya, pada 4 Ogos tahun lalu di tempat sama.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pendakwaan itu dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdullah.

Di Petaling Jaya, gara-gara memiliki sebuah kereta curi, seorang kelindan lori yang mempunyai lima kesalahan lampau berhubung kes dadah, dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret kelmarin.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap S. Mathavan, 28, selepas dia mengaku bersalah memiliki harta curi iaitu sebuah kenderaan jenis Nissan milik Ewi Ahai, 36, yang bernilai RM7,000 yang tertuduh mengetahui kenderaan tersebut adalah harta curi. Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Feb lalu.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di Jalan PJS 3/32, di sini pada 1 tengah hari, 10 Feb lalu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga.

Mengikut fakta kes, pengadu meletakkan keretanya dalam keadaan berkunci di kawasan rumahnya pada 5 Okt 2016 namun mendapati kenderaann­ya hilang apabila dia ingin menggunaka­nnya dan pada 10 Feb lalu, polis melihat seorang lelaki (tertuduh) di dalam kenderaan sama yang dilaporkan hilang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia