Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Vietnam maut terhidu gas beracun

Kapal dalam perjalanan menghantar beras di perairan Filipina

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang kru kapal maut dan tiga lagi cedera selepas terhidu gas beracun di dalam kapal semasa dalam perjalanan menghantar beras di perairan Filipina pada jam 4 pagi, kira-kira 117 batu nautika dari sini.

Mangsa dikenali sebagai Hoang Van Chuyen, 33, disahkan meninggal dunia di kapal Vietnam MV Vimaru Pearl yang berlayar dari bandar Ho Chin Mieh, Vietnam menuju ke Filipina.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian kira-kira jam 5.55 petang itu membabitka­n sebuah kapal yang membawa beras sebanyak 6,300 tan ke Filipina.

“Ketika kejadian mangsa dan tiga lagi kru kapal sedang menjalanka­n tugas sebagai jurutera di bahagian bilik enjin kapal yang berada di perairan antarabang­sa antara Filipina dan Vietnam.

“Mangsa dan kru kapal lain kemudianny­a dilaporkan berasa kurang selesa dan mengalami kesukaran bernafas sebelum mangsa pengsan secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Menurutnya kapal kargo

Ketika kejadian mangsa dan tiga lagi kru kapal sedang menjalanka­n tugas sebagai jurutera di bahagian bilik enjin kapal yang berada di perairan antarabang­sa antara Filipina dan Vietnam. ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

yang membawa 21 kru kapal itu kemudianny­a tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu di sini selepas kapten kapal menghubung­i pelabuhan terdekat bagi mendapatka­n bantuan.

“Pemeriksaa­n awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak ambulans mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan terhidu gas jenis carbon monoxide.

“Tiga mangsa berumur 27 hingga 32 tahun yang terhidu gas kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan berada dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Sabah Kahirul Azwan Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak Pelabuhan Kota Kinabalu pada jam 2.34 petang yang memerlukan bantuan penyelamat­an membabitka­n bahan kimia berbahaya.

“Sebaik kapal kargo berlabuh di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu pada jam 6.30 petang, anggota bomba segera menjalanka­n operasi penyelamat­andenganme­ngeluarkan mangsa dari kapal terbabit.

“Tiga mangsa berada dalam keadaan stabil manakala seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan dihantar ke HQE untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya operasi penyelamat­an membabitka­n 35 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang.

 ??  ?? HOANG KAPAL kargo yang berlabuh di di Pelabuhan Kota Kinabalu, Isnin lalu.
HOANG KAPAL kargo yang berlabuh di di Pelabuhan Kota Kinabalu, Isnin lalu.
 ??  ?? ANGGOTA bomba dan pasukan ambulans semasa menjalanka­n operasi menyelamat anak kapal yang terhidu gas beracun di Pelabuhan Kota Kinabalu, Isnin lalu.
ANGGOTA bomba dan pasukan ambulans semasa menjalanka­n operasi menyelamat anak kapal yang terhidu gas beracun di Pelabuhan Kota Kinabalu, Isnin lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia