Utusan Borneo (Sabah)

Polis akan periksa semua enjin, tangki minyak bot milik Polis Marin

-

LUMUT:Polis Diraja Malaysia akan menjalanka­n pemeriksaa­n kesemua enjin dan tangki minyak yang terdapat pada bot milik Pasukan Polis Marin (PPM) dan Komando VAT 69 dalam masa terdekat ini.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Negeri (KDNKA) Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pihaknya akan mengeluark­an arahan mengenai perkara itu di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak berlakunya kejadian bot meletup pada masa akan datang.

“Kami mahu kesemua enjin bot diperiksa termasuk tangki minyak pada setiap bot kerana kami tidak mahu insiden letupan ini berlaku lagi.

“Setakat ini, kami sedang menunggu hasil siasatan daripada pasukan unit bom, forensik dan PPM mengenai insiden bot yang meletup semalam dan kami akan memantau keadaan mangsa yang terlibat,” katanya kepada pemberita di Hospital Seri Manjung di sini, kelmarin.

Terdahulu, Muhammad Sabtu meluangkan masa hampir satu jam melawat empat anggota polis yang cedera akibat letupan sebuah bot marin pada Isnin, yang ditempatka­n di Wad Pembedahan dan Wad Ortopedik HSM untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Dalam kejadian 9.30 pagi Isnin itu, lapan anggota polis cedera akibat letupan sebuah bot marin di Jeti Marin, Kampung Acheh, di Manjung.

Bot tersebut meletup selepas mengalami kerosakan teknikal di bahagian enjin, mengakibat­kan kesemua mangsa yang duduk di kiri dan kanan bot tercampak keluar termasuk juga pengendali bot berkenaan.

Kesemua mereka merupakan anggota Komando 69 dari PGA Ulu Kinta, Ipoh yang sudah lima hari menjalani kursus bermula 10 Feb dan dijadual berakhir pada 24 Feb ini.

Muhammad Sabtu berkata setakat ini kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil dan dua anggota polis mendapat rawatan di hospital sekitar Ipoh.

“Dua anggota yang cedera masing-masing dihantar untuk dirawat di Hospital Pantai Ipoh dan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Keempat-empat anggota yang dirawat di hospital ini dalam perancanga­n untuk mendapatka­n rawatan di Ipoh namun masih menunggu laporan daripada doktor.

Selebihnya telah pun dibenarkan pulang,” katanya.

Muhammad Sabtu berkata pihaknya juga menangguhk­an serta-merta kursus pengendali­an bot berkenaan yang melibatkan 31 anggota polis termasuk mangsa sehingga siasatan mengenai punca insiden itu selesai.

Beliau turut berkata pihaknya telah menghantar bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa termasuk pengurusan persekolah­an anak-anak anggota yang terlibat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia