Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelajar antara ditahan polis

Miliki ganja, disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Bertindak atas maklumat awam yang diterima, anggota kita menyerbu seorang lelaki yang membawa bungkusan plastik di hadapan sebuah bank di Api-Api Centre, kira-kira jam 8.10 malam. ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Tiga individu termasuk dua pelajar ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah (BSJND) selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja dalam dua siri serbuan berasingan, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra suspek pertama berumur 20 tahun yang juga seorang pelajar ditahan di Api-Api Centre manakala dua lagi suspek masing-masing pelajar berumur 27 tahun dan seorang penganggur 26 tahun ditahan di tepi Jalan Damai, di sini.

“Bertindak atas maklumat awam yang diterima, anggota kita menyerbu seorang lelaki yang membawa bungkusan plastik di hadapan sebuah bank di Api-Api Centre, kirakira jam 8.10 malam.

“Suspek kemudianny­a bertindak melepaskan bungkusan yang dipegang sebelum bertindak agresif untuk melarikan diri daripada pihak polis.

“Tindakan pantas anggota kita bagaimanap­un berjaya menahan suspek dan menjumpai empat ketulan tumbuhan kering yang dipercayai ganja,” katanya.

Beliau berkata dalam pada hari sama kira-kira jam 8.40 malam, dua lagi lelaki berjaya ditahan di tepi Jalan Damai berhadapan Stesen Minyak Petron bersama sebuah beg yang mengandung­i satu paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering dipercayai ganja.

“Kita turut menjumpai satu bekas logam berwarna putih yang berisi ganja seberat 4.05 gram,” katanya.

Beliau berkata kesemua 301.48 gram ganja yang dirampas dianggarka­n bernilai RM4,000 dan sebuah kereta jenis Isuzu serta wang tunai RM1,648 turut dirampas.

Katanya kesemua suspek kini direman sehingga 19 Februari depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(2), dan 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ??  ?? (Gambar atas) KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Asisten Superinten­dan Samsualan Samsudin (kiri) menunjukka­n ganja yang dirampas.
(Gambar kiri) GANJA yang dirampas sepasukan anggota BSJND semasa penahanan suspek malam Isnin lalu.
(Gambar atas) KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Asisten Superinten­dan Samsualan Samsudin (kiri) menunjukka­n ganja yang dirampas. (Gambar kiri) GANJA yang dirampas sepasukan anggota BSJND semasa penahanan suspek malam Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia