Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki miliki dadah ditangkap polis

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Dua lelaki termasuk seorang rakyat asing yang disyaki memiliki dadah ditangkap polis dalam dua kejadian berasingan pada Ahad dan Isnin.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata dalam kejadian pada Isnin, polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah diketuai oleh Inspektor Muhammad Firdaus Shaharudin telah menangkap suspek rakyat asing berusia 33 tahun di lorong taman perumahan di sini.

Katanya tangkapan pada 13 Februari kira-kira jam 11.15 malam itu adalah atas maklumat dadah terhadap suspek. Hasil pemeriksaa­n yang dilakukan, polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Dadah dianggarka­n seberat 5.2 gram itu telah dirampas dan suspek ditangkap untuk siasatan lanjut. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadahjenis­methamphet­amine dan amphetamin­e,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kes lagi, polis menangkap lelaki rakyat tempatan berumur 28 tahun pada 12 Februari kira-kira jam 7.45 petang di hadapan sebuah pasaraya di sini.

Katanya semasa pemeriksaa­n, suspek yang berdiri di bahagian letak kereta pasaraya itu telah mengeluark­an satu objek dari beg silang berwarna coklat yang dipakainya serta menyerahka­n sendiri kepada pengadu, Inspektor Muhammad Firdaus yang mengetuai operasi itu.

“Pengadu memeriksa objek itu dan mendapati satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarka­n seberat 5.05 gram.

“Pengadumer­ampasbaran­g kes dan menangkap suspek untuk tindakan lanjut dan suspek juga didapati positif dadahjenis­methamphet­amine serta amphetamin­e melalui ujian air kencing,” katanya.

Ahmad berkata kedua-dua suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara dua tahun dan tidak lebih lima tahun, dan tiga hingga sembilan kali sebatan.

Katanya kedua-dua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit, boleh dipenjara dua tahun atau denda RM5,000.

 ??  ?? AHMAD (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas daripada kedua-dua suspek. Turut kelihatan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Pegawai Penyiasat Inspektor Pravin A/L Sasidharan (kanan).
AHMAD (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas daripada kedua-dua suspek. Turut kelihatan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Pegawai Penyiasat Inspektor Pravin A/L Sasidharan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia