Utusan Borneo (Sabah)

Sigup Tamu Tamparuli

Salah satu perniagaan tradisiona­l di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

TAMU adalah sebuah lokasi yang sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat khususnya di Sabah untuk menjual pelbagai barangan keperluan, hasil pertanian, tangkapan ikan, kuih-muih dan banyak lagi.

Ia juga adalah tempat di mana masyarakat setempat membeli keperluan pada harga yang lebih rendah.

Sudah banyak kawasan tamu diwujudkan di setiap daerah di Sabah. Tamparuli turut tidak ketinggala­n menjalanka­n aktiviti jualan tamu yang diadakan setiap Rabu.

Salah seorang peniaga di Tamu Tamparuli, Maria Alan Gansul, 51, menjual sesuatu yang sudah menjadi barangan tradisi di Sabah sejak nenek moyang lagi.

Beliau menjual daun tembakau yang sudah diproses atau lebih dikenali sebagai sigup oleh masyarakat tempatan.

Maria berkata pada ketika dahulu, sigup adalah salah satu hidangan tradisi yang disediakan kepada tetamu yang bertandang ke rumah seseorang.

“Apabila seseorang datang ke rumah kita, kita akan menyediaka­n sigup untuk dinikmati bersama.

“Bukan sahaja sigup yang dihidangka­n namun ada lagi ramuan lain yang disediakan untuk dimakan bersama dengan sigup seperti pinang, kapur, daun sireh dan gambir.

“Kesemua bahan ini dicampurka­n menjadi satu dan akan dimasukkan ke dalam mulut atau disisipkan di antara gusi dan bibir yang mana ia dipanggil sebagai ‘moginggat’ (makan sireh) dalam bahasa Dusun,” katanya.

Menurutnya tradisi seumpama itu sudah jarang diamalkan dalam masyarakat Dusun era ini.

“Tetapi lama kelamaan, tidak lagi wujud budaya menghidang­kan sigup kepada

Apabila seseorang datang ke rumah kita, kita akan menyediaka­n sigup untuk dinikmati bersama. Bukan sahaja sigup yang dihidangka­n namun ada lagi ramuan lain yang disediakan untuk dimakan bersama dengan sigup seperti pinang, kapur, daun sireh dan gambir. Kesemua bahan ini dicampurka­n menjadi satu dan akan dimasukkan ke dalam mulut atau disisipkan di antara gusi dan bibir yang mana ia dipanggil sebagai ‘moginggat’ (makan sireh) dalam bahasa Dusun.

tetamu kerana mereka akan membawa semua ini ke mana sahaja mereka pergi untuk kegunaan sendiri,” katanya. Jelasnya sejak dahulu lagi,

sigup bukan saja digunakan sebagai salah satu campuran untuk moginggat tetapi ia mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiatnya tersendiri.

“Selain menghidang­kan kepada tetamu, sigup dengan campuran lain ini mempunyai khasiat yang mana boleh menguatkan gigi seseorang.

“Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk melegakan perut kembung bayi yang mana sigup ini dicampurka­n bersama dengan gambir sebagai penawar. “Bagi pesawah pula,

sigup digunakan untuk memberhent­ikan luka daripada gigitan lintah dan melalui bisa yang terdapat pada sigup ini juga membantu pesawah untuk menanggalk­an lintah yang sedang menghisap darah,” jelasnya. Menurutnya selain daripada

monginggat, sigup juga digunakan untuk merokok secara moden mahupun tradisiona­l (mongirai). Maria berkata bagi yang moginggat mahupun mongirai, mereka akan

mencari

sigup yang bersesuaia­n dengan citarasa mereka kerana ia mempunyai rasa atau tahap bisa yang berlainan.

“Setiap tahap bisa akan dilabel dari satu hingga tiga yang mana, nombor satu mempunyai bisa yang tinggi, bisa yang sederhana dilabelkan sebagai nombor dua dan ketiga adalah sigup yang tidak terlalu bisa.

“Setiap tahap bisa sigup ini adalah daripada daun tembakau yang berbeza yang mana, sigup nombor tiga dihasilkan terlebih dahulu daripada tuaian daun tembakau tua atau yang berada di aras bawah pokok tembakau.

“Seterusnya, tuaian daun bahagian tengah pokok tembakau adalah untuk menghasilk­an sigup nombor dua dan seterusnya daun paling atas mewakili sigup paling bisa. Setiap proses ini memakan masa selama tiga bulan,” jelasnya.

Maria berkata beliau mendapat pengetahua­n itu daripada petani dan juga ibu bapanya pada suatu ketika dulu, sebelum keluargany­a berpindah dari Bundu Tuhan Ranau ke Tamparuli sewaktu beliau kecil lagi.

Beliau yang tinggal di Kampung Bontoi Tamparuli itu juga mempelajar­i cara membezakan tahap bisa sigup daripada pelbagai cara bagi memudahkan­nya berurusnia­ga dengan pelanggann­ya.

“Ini adalah perniagaan turun temurun kami sekeluarga. Mengenali tahap bisa sesuatu sigup ini sudah menjadi kebiasaan bagi kami.

“Kebanyakan sigup yang saya jual adalah dari Ranau, Keningau, Kudat dan Sipitang.

“Sigup dinilai bukan dari segi matanya tetapi struktur serta warnanya. Selain daripada label yang diberi, sigup juga dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu halus, sederhana dan kasar.

“Ketiga-tiga kategori ini berkaitan dengan tahap bisa tersendiri. Selain itu, pemilihan juga boleh dibuat berdasarka­n warna sigup itu sendiri iaitu merah gelap, coklat gelap dan kuning,” jelasnya.

Menurut Maria untuk menghasilk­an sigup, petani atau pengusaha tambakau akan menggunaka­n sejenis pisau khas untuk menghiris daun tembakau berkenaan.

Katanya selepas daun tembakau dipotong, ia akan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga kering dan bertukar warna.

Namun, katanya, terdapat juga sigup tidak melalui proses pengeringa­n yang berasal dari Kudat dan dikenali sebagai langkum hitam.

Sementara itu, beliau menjual sigupnya mengikut kehendak pelanggan dengan harga RM1 sehingga RM5.

“Harga jualan ini ditetapkan mengikut tahap bisa dan juga sebanyak mana pelanggan mahukan. Bagi sigup yang bisa, harga dari RM4 hingga RM5 dan sederhana bisa dari RM2 hingga RM3 sahaja.

“Bagi sigup yang kurang bisa, harganya adalah RM1. Tetapi ia bergantung juga kepada berapa banyak pelanggan mahu.

“Selain itu, saya juga menjual sigup secara pukal atau lumping,” katanya.

Beliau yang sudah menjalanka­n perniagaan menjual sigup kira-kira 22 tahun bukan sahaja tertumpu kepada jualan sigup tetapi juga daun sireh, kapur, ragi (laru), gambir dan kirai.

 ??  ?? KIRAI DAUN SIREH KAPUR ANTARA bahan yang digunakan untuk moginggat. SIGUP yang dijual secara lumping.
KIRAI DAUN SIREH KAPUR ANTARA bahan yang digunakan untuk moginggat. SIGUP yang dijual secara lumping.
 ??  ?? TAMU TAMPARULI
TAMU TAMPARULI
 ??  ?? ANTARA pelanggan yang datang untuk membeli sigup jualan Maria.
ANTARA pelanggan yang datang untuk membeli sigup jualan Maria.
 ??  ??
 ??  ?? MARIA (kanan) membungkus sigup yang dibeli oleh pelanggann­ya.
MARIA (kanan) membungkus sigup yang dibeli oleh pelanggann­ya.
 ??  ?? SIGUP langkum dari Kudat yang dijual.
SIGUP langkum dari Kudat yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia