Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Tamparuli wujud sejak 1974

- - Oleh ALFRED PETRUS

PEKAN Tamparuli terletak dalam Daerah Tuaran yang mana pekan ini wujud sejak lebih 200 tahun lalu sebelum dikenali sebagai Tamparuli.

Awal kewujudann­ya, ia dikenali sebagai Bantoi yang bermaksud jambatan dan juga merujuk kepada sebuah kampung kecil di kawasan itu yang didiami majoriti suku kaum Dusun.

Disebabkan pertumbuha­n penduduk, kampung itu telah berkembang menjadi sebuah pekan.

Pekan Tamparuli mempunyai sebuah kawasan tamu yang mana mengikut sejarah awal serta perkembang­an tamu di Tamparuli, ia mula wujud sejak 1974 dan beroperasi setiap hari Rabu sehingga kini.

Tamu berkenaan menjadi institusi budaya yang unik mewakili pasar tradisi merangkumi kepelbagai­an karakter serta budaya masyarakat Sabah.

Era ini, tamu berkenaan amat popular menerusi lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyika­n oleh Justin Lusah pada tahun 1977 dan diabadikan sebagai mercu tanda kepada Pekan Tamparuli.

Lagu berkenaan mengisahka­n seorang gadis melalui jambatan Tamparuli dengan memakai kasut tinggi dan mengeluark­an bunyi ‘pak pak’ ketika berjalan. Ketika melalui jambatan berkenaan, kasutnya telah terjatuh ke dalam sungai. Dan pada hari Rabu, gadis itu pergi ke Tamu Tamparuli untuk mencari kasut tinggi baharu.

Binaan asal jambatan Tamparuli adalah daripada kayu dan tali yang dibina tergantung merentasi Sungai Tamparuli.

Namun, ia telah diganti dengan sebuah jambatan baharu sepanjang 200 meter yang dibina di tempat sama pada 1933 selepas musnah dilanda banjir besar sekitar 1930-an.

Ketika ini, ia menjadi alat perhubunga­n masyarakat setempat untuk berjualan dan mendapatka­n hasil jualan di tamu berkenaan.

Sehingga kini, jambatan Tamparuli sudah menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara.

 ??  ?? JUALAN hasil pertanian masyarakat setempat. BARANGAN keperluan dapur turut dijual di tamu berkenaan. JAMBATAN TAMPARULI
JUALAN hasil pertanian masyarakat setempat. BARANGAN keperluan dapur turut dijual di tamu berkenaan. JAMBATAN TAMPARULI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia