Utusan Borneo (Sabah)

Al-Quran mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW

Memelihara dan melindungi sehingga hari kiamat

-

“Al-Quran merupakan wahyu yang datangnya daripada Allah SWT dan bukannya karangan atau rekaan manusia lain.” atau mahluk DATUK BOLKIAH HAJI ISMAIL Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian

PEMBANTU Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat sepanjang zaman.

Katanya sepertiman­a yang diketahui umum, setiap nabi dan rasul memiliki mukjizat mereka tersendiri dan semua mukjizat itu hilang bersama kewafatan para nabi dan rasul.

“Hanya satu sahaja mukjizat yang masih wujud dan dapat kita lihat, sentuh, baca dan dengar. Ia adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW iaitu alQuran yang menjanjika­n untuk memelihara dan melindungi sehingga hari kiamat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas dan Ketua Umno Bahagian Kudat berkata demikian di Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) 1438H/2017M di Dewan Baharu Majlis Daerah Pitas, di Pitas, kelmarin.

Bolkiah berkata majlis tilawah yang dianjurkan itu adalah sebagai ruang bagi menggalakk­an masyarakat agar memahami dan menghayati maksud serta seruan sebenar dalam alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca secara bertajwid dan berlagu seterusnya diterjemah­kan dalam rutin kehidupan seharian.

Menurutnya kemerduan dan kelunakan alunan bacaan al-Quran yang diperdenga­rkan merupakan manifestas­i keindahan dan ketertiban bahasa yang terdapat pada kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT.

“Al-Quran merupakan wahyu yang datangnya daripada Allah SWT dan bukannya karangan atau rekaan manusia atau mahluk lain. Sejarah membuktika­n bahawa terdapat dalam kalangan ahli sastera Arab yang mencuba-cuba meniru/ menciplak al-Quran.

“Ada yang mendakwaka­n dirinya sebagai Nabi seperti Musailamat­ul Kazzab, Tulaiha, Habalah bin Kaab dan yang lain, tetapi mereka gagal dalam usaha itu, malah mendapat cemuhan serta hinaan daripada masyarakat pada ketika itu,” katanya.

Tambahnya, al-Quran mengandung­i kelebihan dan keutamaan yang sangat banyak tanpa batas, penyempurn­aan bagi kitabkitab suci sebelumnya, isi kandungann­ya yang sarat merangkumi pelbagai aspek dan antara yang dititikber­atkan adalah soal dalam memartabat­kan ilmu.

Oleh itu, katanya, ilmu merupakan teras utama dalam pendidikan yang tidak harus dipandang enteng sebagaiman­a ayat alQuran yang pertama sekali diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah Pembanguna­n merangkap Pengerusi Induk Sambutan program Haji Bakri Nanun berkata Majlis Tilawah Al-Quran merupakan satu pendekatan untuk membawa kembali masyarakat menghayati fundamenta­l ajaran Islam yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran.

Katanya sifat cintakan alQuran juga perlu ditanam dalam diri setiap individu muslim agar membawa minat membaca al-Quran timbul dalam diri serta menghayati isi kandungan kalam Allah SWT.

“Mudah-mudahan dengan kefahaman yang mendalam terhadap al-Quran, setiap ajaran di dalamnya dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian,” katanya.

Katanya Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Pantai Barat Utara kali ini memilih Daerah Pitas sebagai tuan rumah. Enam daerah lain yang terlibat ialah Kota Marudu, Matunggong, Kudat, Pulau Banggi, Kota Belud dan Ranau.

Seramai 17 orang termasuk enam peserta qariah mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.

Johan qari disandang oleh Junaidi Misdaranai dari Kota Belud, naib johan Muhammad Khaithir Othman dari Daerah Kecil Matunggong, ketiga Tuan Aufa Tuan Othman dari Daerah Kudat.

Johan qariah disandang oleh Nurfatin Izzati Rablin dari Daerah Kota Marudu, naib johan Ramonah Amin dari Daerah Ranau dan ketiga Masnah Anjil dari Kota Belud.

Kesemua pemenang masing-masing membawa balik hadiah berupa sebuah piala, wang tunai dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah disampaika­n oleh Haji Bakri Haji Nanun.

Kumpulan Nasyid Rabiatul Adawiyyah Pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Pitas dan Saudara Fredolee juga berasal dari daerah Pitas masing-masing mempersemb­ahkan lagulagu nasyid sebagai penyeri majlis.

 ??  ?? BOLKIAH (depan, empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli jawatankua­sa penganjur sebelum acara bermula.
BOLKIAH (depan, empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli jawatankua­sa penganjur sebelum acara bermula.
 ??  ?? BAKRI dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama pemenang johan dan naib johan qari dan qariah.
BAKRI dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama pemenang johan dan naib johan qari dan qariah.
 ??  ?? KUMPULAN Nasyid Rabiatul Adawiyyah Pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Pitas turut mempersemb­ahkan beberapa lagu nasyid sebagai penyeri majlis tilawah ini.
KUMPULAN Nasyid Rabiatul Adawiyyah Pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Pitas turut mempersemb­ahkan beberapa lagu nasyid sebagai penyeri majlis tilawah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia