Utusan Borneo (Sabah)

UMSKAL bantu mangsa kebakaran menerusi Program ‘Justgiving Charity’

-

UNIVERSITI Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) menerusi Program ‘Justgiving Charity’ turut membantu mangsa kebakaran di Kampung Saguking Wilayah Persekutua­n Labuan.

Majlis penyampaia­n bantuan diadakan di Kampung Saguking (rumah jiran di mana mangsa ditempatka­n buat sementara waktu), baru-baru ini.

Penolong Pendaftar Sektor Hal Ehwal Pelajar Mohd Fadzli Sarudi menyerahka­n sumbangan kepada Ketua Kampung Saguking Osman Kadir di rumah penempatan sementara keluarga mangsa.

Sebanyak lapan kotak berupa pakaian terpakai dalam pelbagai kategori (pakaian kanak-kanak, pakaian perempuan dan pakaian lelaki) diserahkan kepada mangsa.

Turut menyertai penyerahan sumbangan itu ialah Ketua Sektor Pusat Kokurikulu­m dan Pemajuan Pelajar Mas Adi Alimin bersama kakitangan HEP, Azleena Nordin dan Junainah Yunus serta seorang pelajar praktikal dari Fakulti Psikologi.

Mohd Fadzli yang mewakili Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata pakaian itu merupakan sumbangan kakitangan di universiti berkenaan.

Katanya sumbangan itu sebagai tanda simpati dan prihatin warga universiti terhadap warga Labuan yang ditimpa musibah.

“Warga UMS Labuan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa kebakaran dan berharap sumbangan ini dapat meringanka­n beban dan emosi mereka,” katanya.

Kebakaran itu berlaku pada 8 Februari 2017 (Rabu) kirakira jam 3 pagi.

Mangsa yang terlibat ialah pemilik rumah, Asmah Nuasa bersama 10 penghuni rumah termasuk penyewa.

Bagaimanap­un, kesemua mangsa dalam keadaan selamat.

 ??  ?? MOHD Fadzli menyerahka­n sumbangan kepada Osman yang mewakili mangsa kebakaran di Kg Saguking.
MOHD Fadzli menyerahka­n sumbangan kepada Osman yang mewakili mangsa kebakaran di Kg Saguking.
 ??  ?? BEGINILAH keadaan rumah mangsa kebakaran di Kg Saguking.
BEGINILAH keadaan rumah mangsa kebakaran di Kg Saguking.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia