Utusan Borneo (Sabah)

Calon UPSR SK Pantai dibekalkan kekuatan fizikal, mental

150 ibu bapa, murid dan guru SK Pantai jayakan program seminar UPSR

-

SERAMAI 150 ibu bapa, murid dan guru telah menjayakan program seminar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai bertempat di Dewan Datuk Isli, Labuan baru-baru ini.

Seminar itu adalah hasil kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling SK Pantai dan Unit Hal Ehwal Murid dengan bantuan pakar motivasi kaunselor, Haji Mohd Makhtar Imam Haji Nor.

Mohd Makhtar berasal dari Kelantan yang merupakan Pengarah Urusan dan Perundinga­n Motivasi MBK Dynamics Consultant dan Klinik Kaunseling/Pusat Terapi Al-Hajjrah.

Sebelum ini, beliau adalah Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Pendidikan Sabah.

Beliau menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Terapi Minda’ dan ‘Peranan Ibu Bapa dan Murid Menuju Kecemerlan­gan’.

Menurut Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin, program itu merupakan kesinambun­gan dengan program tahunan yang telah dirancang bagi mengukuhka­n keyakinan diri, memberi kesedaran dan memantapka­n persediaan mental dan fizikal muridmurid sebelum menghadapi UPSR pada September tahun ini.

Objektif program adalah membina individu yang berketramp­ilan tinggi dan berwawasan, membentuk personalit­i individu yang mempunyai daya penaakulan yang baik dan embina ibu bapa yang dapat mengurus emosi dan keperluan anakanak semasa membuat persediaan UPSR.

Mahani berkata murid-murid yang bakal menghadapi UPSR perlu dibekalkan ketahanan fizikal dan mental sepanjang tempoh sebelum dan selepas peperiksaa­n.

“Murid-murid juga perlu diberi kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahua­n.

“Ibu bapa juga perlu diberikan ilmu, kesedaran dan ketahanan fizikal dan mental untuk berhadapan anak-anak yang mengalami masalah pembelajar­an, emosi, dan fizikal,” katanya.

Sehubungan itu, SK Pantai menyasarka­n seramai 10 murid mendapat 6A daripada 81 orang calon UPSR yang akan lulus 100 peratus pada tahun ini.

Menurut Mohd Makhtar, manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah SWT. Dalam surah at-Tin ayat keempat, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhn­ya manusia itu Kami jadikan dengan sebaikbaik kejadian.

Kebaikan dan ketinggian darjat manusia berbanding makhluk lain ialah kerana manusia dikurniaka­n akal. Dengan akal, manusia mempunyai kekuatan untuk berfikir dan menyelidik.

Tambahnya, aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromag­netik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia.

Ia juga dikaitkan perlanggar­an atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilk­an tenaga.

Kesan kekuatan gelombang itu boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.

Oleh demikian aura positif seseorang murid boleh menentukan hala tuju kejayaan murid dalam peperiksaa­n UPSR kelak.

Lima ciri pelajar cemerlang adalah berniat untuk berjaya, tidak sabar bergerak ke sekolah, datang awal ke sekolah, tidak sabar untuk menanti guru masuk ke kelas dan dapat menumpu perhatian semasa guru mengajar.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Haji Rahmat Dasiman; Pegawai FasiLinus merangkap Pegawai Angkat SK Pantai Afandi Nasir; Penolong Kanan Pentadbira­n Faridah Amit; Penolong Kanan HEM Azlina Abdul Garip; dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Ngaidah Said.

“Murid-murid juga perlu diberi kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahua­n. Ibu bapa juga perlu diberikan ilmu, kesedaran dan ketahanan fizikal dan mental untuk berhadapan anak-anak yang mengalami masalah pembelajar­an, emosi, dan fizikal. MAHANI HUSSIN Guru Besar SK Pantai

 ??  ??
 ??  ?? MURID Tahun 6 bergambar kenangan bersama Mohd Makhtar dan Mahani selepas sesi seminar tamat.
MURID Tahun 6 bergambar kenangan bersama Mohd Makhtar dan Mahani selepas sesi seminar tamat.
 ??  ?? MURID Tahun 6 melafazkan Aku Janji UPSR yang telah disaksikan oleh ibu bapa dan guru.
MURID Tahun 6 melafazkan Aku Janji UPSR yang telah disaksikan oleh ibu bapa dan guru.
 ??  ?? IBU bapa dan guru turut terhibur dengan ceramah ilmu yang disampaika­n Makhtar.
IBU bapa dan guru turut terhibur dengan ceramah ilmu yang disampaika­n Makhtar.
 ??  ?? MAKHTAR mengajar pelbagai teknik jari-jari tangan untuk mengaktifk­an otak kiri dan otak kanan.
MAKHTAR mengajar pelbagai teknik jari-jari tangan untuk mengaktifk­an otak kiri dan otak kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia