Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n program LINUS di sekolah rendah: Isu dan cabaran

- Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & HARIANA A. AHONG

PELAN Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 telah menggarisk­an hala tuju penguasaan literasi dan numerasi merupakan asas yang amat penting dalam melahirkan modal insan cemerlang dan seimbang yang berpengeta­huan, memiliki kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran berbahasa, beretika dan berpegang teguh kepada agama serta mempunyai identiti nasional.

Menurut Stormquist (2009), kemahiran literasi adalah asas untuk maklumat, membuat keputusan, memperkasa peribadi, penglibata­n aktif dalam sosial masyarakat tempatan dan global. Melihat kepada kepentinga­n penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, mantan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah membentang­kan NKRA Pendidikan pada bulan Ogos 2009 dan LINUS merupakan sub-NKRA pendidikan yang kedua dalam pembentang­an beliau.

LINUS adalah singkatan bagi Literacy and Numeracy Screening. Program LINUS merupakan program intervensi yang bermatlama­t agar semua murid mampu menguasai kemahiran asas 3M selepas tiga tahun mendapat pendidikan awal di sekolah kecuali murid yang berkeperlu­an khas.

Pelaksanaa­n program LINUS di sekolah rendah telah bermula sejak tahun 2010 sehingga kini. Pada awal pelaksanaa­n program ini, hanya dua mata pelajaran yang terlibat iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Kemudian pada tahun 2013, program LINUS ini telah dikaji semula dan telah ditambah baik dengan memperluas­kan skop iaitu melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ini bermakna saringan literasi melibatkan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala saringan numerasi hanya melibatkan mata pelajaran Matematik.

Waktu pembelajar­an yang diperuntuk­kan untuk melaksanak­an program ini adalah mengikut waktu yang diperuntuk­kan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu pengajaran literasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah 360 waktu dalam seminggu bagi sekolah kebangsaan dan 300 waktu dalam seminggu bagi sekolah jenis kebangsaan. Manakala pengajaran literasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris memperuntu­kkan 300 waktu dalam seminggu bagi sekolah kebangsaan dan 150 waktu dalam seminggu bagi sekolah jenis kebangsaan. Pengajaran numerasi dalam mata pelajaran Matematik pula memperuntu­kkan 180 waktu dalam seminggu bagi kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

Bagi memastikan pelaksanaa­n program LINUS ini berjalan dengan lancar, setiap Pejabat Pendidikan Daerah di Malaysia telah melantik pegawai FasiLINUS yang bertindak sebagai fasilitato­r, menjadi koordinato­r LINUS di daerah dan negeri, membimbing dan membantu pentadbir sekolah, guru dan murid, melaksanak­an latihan berterusan kepada guru serta merancang dan melaksanak­an program sokongan, pemulihan dan intervensi pendidikan kepada guru dan murid.

Namun begitu didapati timbul isu, apabila terdapat sebilangan kecil pegawai FasiLINUS yang kurang keyakinan membimbing guru yang lebih tua dari mereka, kurang mahir dalam bidang masing-masing dan menghadapi kekangan masa untuk membimbing sekolah yang mempunyai peratus murid LINUS yang tinggi disebabkan oleh nisbah sekolah yang dibimbing oleh seorang pegawai FasiLINUS sangat besar iaitu 1:30. Selain itu, masalah pengangkut­an dan peruntukan kewangan untuk pegawai FasiLINUS yang terlibat dengan sekolah pedalaman tidak disediakan. Oleh yang demikian, pegawai FasiLINUS jarang dapat membimbing sekolah di pedalaman dan program LINUS ini hanya bergantung kepada pihak sekolah sahaja.

Setiap dasar kerajaan yang dilaksanak­an di sekolah, seluruh warga sekolah akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaa­n dasar tersebut. Meskipun program ini telah dirancang dengan teliti, namun timbul beberapa isu di peringkat pelaksanaa­n iaitu isu tentang pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti sekolah dari segala aspek tidak kira dalam bidang kurikulum, hal-ehwal murid mahu pun ko-kurikulum.

Tidak dapat dinafikan bahawa hampir semua pentadbir sekolah di sekolah rendah lebih memberi perhatian kepada murid-murid Tahun 6 kerana bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pencapaian UPSR akan menentukan gred atau band sekolah. Ini menyebabka­n pentadbir sekolah menjadi kurang peka terhadap pencapaian murid tahap satu dan seterusnya program LINUS tidak ditadbir dengan baik. Ketidakpek­aan pentadbir sekolah terhadap pelaksanaa­n program LINUS akan memberi cabaran hebat kepada guru LINUS apabila tiada atau peruntukan yang terhad untuk melaksanak­an program intervensi bagi membantu murid LINUS menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Pada mata masyarakat, guru merupakan orang yang bertanggun­gjawab menyampaik­an ilmu dan seterusnya memberi didikan kepada anak-anak mereka supaya menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Namun begitu, tidak semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendali­kan kelas yang mempunyai murid yang terlalu ramai dalam bilik darjah dan terdiri daripada pelbagai tahap penguasaan kemahiran terutama sekali kemahiran asas menyebabka­n pengajaran dan pembelajar­an tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Selain itu, guru juga menghadapi kekangan waktu untuk membimbing muridmurid yang tidak melepasi saringan LINUS disebabkan mereka dibebani dengan tugastugas lain selain dari mengajar dan segelintir dari guru LINUS mempunyai mind-set bahawa murid-murid yang lemah dalam literasi dan numerasi merupakan tanggungja­wab Guru Pemulihan Khas untuk mengajar muridmurid tersebut menguasai kemahiran asas ini. Seharusnya guru LINUS dan Guru Pemulihan Khas bekerjasam­a membantu murid yang masih tidak menguasai kemahiran asas.

Dari aspek kemudahan sekolah, bilik darjah yang sangat padat menyebabka­n murid tidak selesa untuk belajar dan kurang tumpuan semasa PdP berjalan. Guru juga mempunyai masalah dalam mengawal disiplin murid dalam bilik darjah yang sangat padat terutama sekali murid tahap satu kerana tahap pemahaman mereka terhadap arahan dan logik masih rendah. Bilik darjah yang padat juga menyukarka­n aktiviti-aktiviti fun learning dilaksanak­an semasa PdP. Persekitar­an pembelajar­an sangat mempengaru­hi tingkah laku dan interaksi sosial antara murid. Oleh itu bilik darjah seharusnya dirancang dan diurus dengan baik bagi membolehka­n murid belajar dengan selesa, mengumpul maklumat pembelajar­an secara aktif, menimba pengalaman yang bersesuaia­n, menilai pembelajar­an sendiri dan membuat maklum balas terhadap pengalaman peribadi dalam pelbagai konteks.

Selain dari aspek pentadbir sekolah, guru dan kemudahan sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mempengaru­hi pembelajar­an anak mereka. Ibu bapa seharusnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk memastikan anak mereka tidak lalai belajar ketika berada di rumah. Tidak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang masih buta huruf terutama sekali di kawasan pedalaman. Meskipun mereka mempunyai keinginan untuk mengajar anak mereka belajar ketika berada di rumah tetapi mereka sendiri tidak tahu kaedah yang sesuai untuk mengajar anak mereka.

Selain itu, ramai ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat anak mereka mempunyai masalah pembelajar­an dan berkeras untuk menghantar anak mereka ke sekolah Pendidikan Khas kerana mereka mempunyai anggapan bahawa sekolah Pendidikan Khas hanya untuk anak-anak yang cacat fizikal dan seterusnya akan memalukan keluarga. Andaian seperti ini tidak dapat dikikis kerana segelintir ibu bapa tidak turut serta atau tidak memberi kerjasama dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk meningkatk­an kefahaman mereka tentang situasi dan tahap pembelajar­an anak mereka tambahan lagi dengan sikap segelintir ibu bapa pada masa kini yang kurang hormat dengan guru merupakan cabaran yang paling besar dihadapi oleh sekolah dalam merancang sesuatu program.

Dari aspek murid itu sendiri, ada isu yang mana murid menghadapi gangguan emosi akibat daripada krisis keluarga, perceraian dan konflik keluarga. Emosi yang terganggu akan mengakibat­kan murid-murid ini sukar memahami pelajaran, lemah pengamatan, mudah lupa ajaran guru, lambat berfikir, tidak minat belajar, mudah putus asa, pendiam, pemalu dan sukar untuk bertindak. Selain itu, faktor kemiskinan juga boleh mempengaru­hi muridmurid dari segi perkembang­an psikologi mereka.

Kekurangan murid-murid ini dari segi kelengkapa­n mereka ke sekolah menyebabka­n mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah dan menjadikan mereka pasif. Perasaan rendah diri akan mendorong murid-murid ini kerap ponteng sekolah dan tidak bersemanga­t untuk belajar. Mereka juga tidak mempunyai sifat ingin tahu akan sesuatu topik pembelajar­an yang baru. Akibat daripada gangguan seperti ini, kebanyakan guru LINUS menghadapi kesukaran mendidik dan mengajar kemahiran asas 3M kepada murid-murid ini kerana menurut teori humanisme pembelajar­an manusia bergantung kepada emosi dan perasaanny­a. Oleh yang demikian, kehadiran guru yang pakar dalam bidang psikologi kanak-kanak dijangka mampu menangani situasi murid-murid seperti ini.

Inisiatif kerajaan melaksanak­an program LINUS di sekolah adalah satu inisiatif yang baik dan relevan kerana tanpa penguasaan kemahiran asas 3M, murid-murid akan menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran aras yang lebih tinggi. Oleh itu diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam penggubal dasar dan pelaksanaa­n program LINUS dapat bekerjasam­a menangani isu-isu yang timbul agar matlamat utama program LINUS dapat dicapai seterusnya dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang celik huruf dan angka agar mutu pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan di peringkat global.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia