Utusan Borneo (Sabah)

Penasihat keselamata­n AS meletak jawatan

-

WASHINGTON: Penasihat keselamata­n negara Michael Flynn meletak jawatan ekoran kontrovers­i mengenai hubunganny­a dengan kerajaan Rusia semalam, kehilangan pertama yang mengejutka­n dari lingkungan dalaman presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pelantikan­nya.

Rumah Putih menyatakan Trump telah menerima peletakan jawatan Flynn di sebalik dakwaan pesara jeneral tiga bintang itu membincang­kan strategi sekatan AS dengan duta Rusia Sergey Kislyak sebelum menjawat jawatannya.

Flynn yang pernah mengetuai bahagian perisikan tentera AS, mengakui bahawa beliau telah memaklumka­n Timbalan Presiden semasa Mike Pence dengan maklumat yang tidak lengkap mengenai panggilan dengan Kislyak.

Pence telah mempertaha­nkan Flynn secara umum, menyatakan beliau tidak membincang­kan tentang sekatan, sekali gus mempertaru­hkan kredibilit­inya sendiri.

“Berkenaan panggilan telefon saya dengan duta Rusia, saya sejujurnya memohon maaf kepada Presiden dan Timbalan Presiden, dan mereka telah menerima permohonan maaf saya,” menurut Flynn dalam salinan surat yang dikeluarka­n Rumah Putih.

Rumah Putih menyatakan Trump telah menamakan pesara leftenan jeneral Joseph Kellogg, yang telah berkhidmat sebagai pengarah Ketua Staf Bersama, sebagai penasihat keselamata­n negara sementara.

Beberapa pusat media AS kelmarin melaporkan bahawa penasihat kanan Trump telah diberikan amaran mengenai hubungan Flynn dengan Rusia pada awal tahun ini.

Persoalan yang akan dibangkitk­an sekarang adalah mengenai siapa yang mengetahui tentang panggilan tersebut dan kenapa Trump tidak bertindak lebih awal untuk menggantik­an Flynn.

Bekas ketua perisikan ketenteraa­n, pertemuan Flynn dengan Presiden Rusia Vladimir Putin mendapat kritikan.

Pihak media AS melaporkan kelmarin bahawa Jabatan kehakiman telah memberikan amaran kepada pihak Rumah Putih bahawa Flynn telah tersilap memaklumka­n kepada pegawai pentadbira­n kanan mengenai kandungan rundingan beliau dengan Kislyak, dan bahawa ia akan membuatkan beliau terdedah kepada peras ugut Rusia.

Flynn telah menjadi orang penting dalam kumpulan lingkungan dalaman Trump.

Beliau penyokong awal usaha Trump untuk jawatan presiden dan telah menggalakk­an polisi lebih tegas terhadap Iran dan polisi lebih ringan terhadap Rusia.

Jabatan Kehakiman dan Kongres sedang menyiasat kemungkina­n hubungan di antara penasihat kempen Trump dan Moscow, serta pihak perisikan AS telah memutuskan bahawa Putin secara peribadiny­a telah mengarahka­n satu operasi untuk campur tangan dalam pilihan raya AS.— AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters/AFP ?? KOMBINASI gambar menunjukka­n Kellogg bercakap kepada media di lobi Menara Trump di New York pada 15 November tahun lepas dan Flynn (kanan) menghadiri sidang akhbar oleh Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Trump di Bilik Timur Rumah Putih di...
— Gambar Reuters/AFP KOMBINASI gambar menunjukka­n Kellogg bercakap kepada media di lobi Menara Trump di New York pada 15 November tahun lepas dan Flynn (kanan) menghadiri sidang akhbar oleh Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Trump di Bilik Timur Rumah Putih di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia