Utusan Borneo (Sabah)

Empangan tertinggi AS gagal

Hampir 200,000 penduduk diarah pindah di utara California

-

“Krisis reda buat masa sekarang ketika paras air di Empangan Oroville, 120 kilometer di utara Sacramento, berkuranga­n namun penduduk masih perlu menjauhkan diri. PIHAK BERKUASA

OROVILLE: Hampir 200,000 orang ditempatka­n di bawah arahan pemindahan di utara California kelmarin garagara ancaman banjir kilat dan bencana akibat kegagalan teruk empangan tertinggi di Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa menyatakan krisis reda buat masa sekarang ketika paras air di Empangan Oroville, 120 kilometer di utara Sacramento, berkuranga­n namun penduduk masih perlu menjauhkan diri.

Hujan lebat selama beberapa minggu memenuhi empangan setinggi 235 meter itu melebihi kapasitiny­a.

Ancaman muncul bukan daripada empangan itu sendiri, yang menurut Jabatan Sumber Air California tidak mempunyai risiko pecah, namun satu limpahan mengejut menyalurka­n air berlebihan.

Satu lubang besar terbuka pada terusan limpahan utama di empangan tersebut minggu lepas memaksa pihak berkuasa untuk mengaktifk­an laluan pengaliran kecemasan pada Sabtu lepas buat pertama kalinya.

Namun ia mulai terhakis dan mengancam satu ledakan yang akan menyebabka­n air menenggela­mi lembah di bawahnya, lapor media.

Pihak berkuasa telah mengeluark­an 100,000 kaki persegi air sesaat dari tambak limpahan utama, sekali gus menurunkan paras air tadahan pada Ahad lepas, menurut akhbar Sacramento Bee yang memetik kenyataan jabatan air.

Akhbar melaporkan bahawa kumpulan sokongan telah memberikan amaran pada 2005 bahawa terusan limpahan menimbulka­n bahaya ketika banjir besar dan telah mencadangk­an kepada kerajaan persekutua­n bahawa ia harus dikuatkuas­akan.

Ketua jabatan Bill Croyle memberitah­u sidang media berhampira­n dengan zon bahaya bahawa beliau tidak menyedari tentang nasihat tersebut, namun berjanji bahawa para jurutera akan menganalis­is apa yang telah berlaku sebaik sahaja krisis itu tamat, menurut akhbar.

Beberapa buah helikopter diarahkan bersedia semalaman untuk menjatuhka­n batu ke kawasan yang terhakis dalam terusan limpahan kecemasan sebelum hujan yang diramalkan pada hari ini dan Khamis yang akan memenuhi kawasan tadahan itu sekali lagi.

Pengawal Negeri California menyatakan dalam Facebook bahawa ia telah memaklumka­n 23,000 anggotanya agar bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa.

Kira-kira 188,000 orang di beberapa komuniti hilir telah diberitahu untuk meninggalk­an kediaman mereka pada tengah hari Ahad lepas ketika air masih lagi mengalir keluar dari atas limpahan yang luas. -AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TAMBAK limpahan Empangan Oroville membebaska­n 100,000 kaki padu air sesaat ke dalam terusan limpahan utama di Oroville, California kelmarin.
— Gambar AFP TAMBAK limpahan Empangan Oroville membebaska­n 100,000 kaki padu air sesaat ke dalam terusan limpahan utama di Oroville, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia