Utusan Borneo (Sabah)

Petronas pertimbang penempatan semula projek LNG di Kanada

-

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempertimb­angkan untuk menempatka­n semula projek terminal eksport gas asli

cecair (LNG) Pacific NorthWest yang dirancang di utara British Columbia, Kanada.

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata syarikat akan membuat penempatan semula jika pihak berkuasa Kanada mendapati langkah itu perlu.

“Kita perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti di tempat yang tidak sesuai dan juga lokasi yang wajar,” katanya kepada pemberita pada Tadbir Urus Ekonomi pada Forum Tadbir Urus Sektor Awam di sini kelmarin.

Sidek berkata demikian semasa mengulas mengenai cabaran terkini pelan LNG Petronas, yang menerima kesan daripada keadaan politik semasa Kanada.

Dalamlapor­anoleh-Bloomberg, John Horgan, ketua New Democratic Party wilayah itu, menekankan projek LNG tersebut semasa kempen beliau baru-baru ini, yang menyatakan ia ‘di tempat yang tidak sesuai’.

Horgan berazam untuk ‘mencari tempat yang lebih baik dan cara yang lebih baik’ untuk membina terminal eksport gas itu, jika beliau menjadi Perdana Menteri wilayah itu.

Petronas dilaporkan mempertimb­angkan untuk menukar pelannya bagi terminal eksport LNG untuk mengelak kawasan marin yang sensitif yang telah menjadi kontrovers­i.

Mengenai keupayaan Petronas untuk membayar dividen RM13 bilion kepada kerajaan pada tahun ini dan sama ada syarikat mempertimb­angkan untuk membuat semakan semula susulan kenaikan harga minyak, Sidek berkata, ia adalah jumlah yang telah diperuntuk­kan.

Terdahulu, dalam ucapannya pada forum MEA, Sidek berkata, integriti adalah mengenai melakukan perkara yang betul, walaupun tanpa sesiapa yang melihatnya.

“Ketelusan berada dalam kawalan kita. Kita perlu berani untuk bersuara dan berkongsi pandangan dan idea, walaupun ia mungkin berbeza daripada yang lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia