Utusan Borneo (Sabah)

Semai semangat 1Malaysia

Rahmahjan ambil SJKC Chi Vun sebagai sekolah angkat

-

TENOM: Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan telah bersetuju mengambil Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Vun Entabuan sebagai sekolah angkat.

Beliau yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tenom ditawarkan menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat semasa melawat sekolah berkenaan, kelmarin.

Beliau dan rombongan Ahli Jawatankua­sa Wanita Umno Tenom telah disambut dan diberi taklimat oleh Guru Besar Wong Eh Chun, Lembaga Pengelola Sekolah dan Ahli Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru.

SJKC Chi Vun Tenom merupakan antara pemenang Tokoh Anugerah Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan sejak tahun 2014.

Sekolah itu mendapat pengiktira­fan itu hasil permuafaka­tan padu dan kukuh guru, ibu-bapa dan pelajar tanpa membezakan suku, kaum dan keturunan menjayakan konsep berkenaan menerusi pengenalan Program Mesra Alam yang menarik minat pelajar.

Rahmahjan berkata beliau teruja dengan pencapaian cemerlang sekolah itu dalam pelbagai aspek terutama dalam menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan pelajarnya.

Beliau berkata menariknya lebih 90 peratus pelajar SJKC Chi Vun yang mempunyai 13 guru dan 97 peratus pelajar terdiri daripada pelbagai etnik seperti Kadazandus­un dan Murut yang kesemuanya kini fasih berbahasa Cina.

“Ini jelas bahawa batasan suku kaum dan bangsa bukan penghalang untuk anakanak pelbagai etnik untuk mempelajar­i Bahasa Cina. Ini satu perkara yang harus menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

“Jika kita hanya mengutamak­an suku dan bangsa etnik sendiri sematamata, kita tidak dapat berjaya kerana suku dan bangsa lain juga rakyat Malaysia,” katanya.

Rahmahjan berkata sekolah itu duhulunya pernah mencatat kadar kehadiran pelajar yang amat rendah dan tiada siapa yang sangka kini ia boleh memenangi Anugerah Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan itu dicapai oleh SJKC Chi Vun meskipun sekolah berkenaan ditakrif sebagai sekolah kurang murid dan pernah mencatat peratusan kehadiran pelajar yang rendah.

Menerusi Program Sekolah Penyayang, pelajar, ibu bapa dan guru berpadu tenaga menjayakan program menanam sayur-sayuran di satu kawasan seluas 1,000 kaki persegi di sekolah itu.

Sejak diperkenal­kan pada 2013, kebun sayur itu sudah mengeluark­an hasil yang Lumayan dengan tanaman seperti jagung, sayur salad, kubis, lada, sayur manis, betik dan nenas.

Hasilnya digunakan untuk makanan seharian pelajar di sekolah itu, sekaligus menjimatka­n kos, manakala selebihnya dijual di pasar Tenom untuk dimasukkan ke dalam Tabung PIBG.

“Program ini sekaligus menanam minat pelajar untuk memanfaatk­an tanah dan memupuk minat dalam sains pertanian.

“Menariknya, Program Tanaman Sayur itulah yang melonjakka­n prestasi akademik sekolah ini dan menurunkan dengan drastik kadar ketidakhad­iran pelajar ke sekolah,” katanya.

Selain itu, SJKC Chi Vun juga menjadi sekolah rendah jauh di pedalaman Sabah yang berbangga dengan pencapaian Nurul Asura, naib johan peringkat kebangsaan pertanding­an syarahan BM karnival di Pahang dan tempat ketiga pertanding­an pidato BM di Kelantan, KBM Kebangsaan 2016.

Sementara itu, Wong Eh Chun memuji kepimpinan Rahmahjan kerana sudi menjadikan SJKC Chi Vun sebagai sekolah angkatnya.

“Rahmahjan merupakan seorang pemimpin yang harus dicontohi kerana beliau prihatin dan sering membantu sekolahsek­olah di Daerah Tenom serta masyarakat pelbagai peringkat. Kita bertuah kerana dia sudi menerima tawaran kami,” katanya.

Ini jelas bahawa batasan suku kaum dan bangsa bukan penghalang untuk anak-anak pelbagai etnik untuk mempelajar­i Bahasa Cina. Ini satu perkara yang harus menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. DATUK RAHMAHJAN SULAIMAN KHAN Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom

 ??  ??
 ??  ?? RAHMAHJAN (tujuh dari kiri) bersama Wong (lapan dari kiri) dan jawatankua­sa Wanita Umno Bahagian Tenom bergambar kenangan di hadapan SJKC Chi Vun.
RAHMAHJAN (tujuh dari kiri) bersama Wong (lapan dari kiri) dan jawatankua­sa Wanita Umno Bahagian Tenom bergambar kenangan di hadapan SJKC Chi Vun.
 ??  ?? RAHMAHJAN (10 dari kiri) dan jawatankua­sanya mengabadik­an kenangan di SJKC Chi Vun selepas lawatan itu.
RAHMAHJAN (10 dari kiri) dan jawatankua­sanya mengabadik­an kenangan di SJKC Chi Vun selepas lawatan itu.
 ??  ?? RAHMAHJAN (empat dari kanan) dan Wong (tiga dari kanan) bersama sebahagian pelajar dan guru sekolah itu.
RAHMAHJAN (empat dari kanan) dan Wong (tiga dari kanan) bersama sebahagian pelajar dan guru sekolah itu.
 ??  ?? RAHMAHJAN (kiri) kagum dengan pelbagai sayur yang ditanam oleh pelajar dan ibu bapa semasa melawat sekolah itu.
RAHMAHJAN (kiri) kagum dengan pelbagai sayur yang ditanam oleh pelajar dan ibu bapa semasa melawat sekolah itu.
 ??  ?? RAHMAHJAN (dua dari kanan) diberi taklimat oleh Wong (kanan) semasa melawat sekolah contoh itu.
RAHMAHJAN (dua dari kanan) diberi taklimat oleh Wong (kanan) semasa melawat sekolah contoh itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia