Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan minyak masak bersubsidi di luar bandar akan ditangani segera

-

KUCHING: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi jaminan bahawa isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi terutama di kawasan luar bandar akan ditangani segera.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, Hamzah berkata masalah ini berpunca daripada kelewatan pembayaran oleh kementeria­n yang bertanggun­gjawab kepada pihak pembungkus minyak masak bersubsidi.

“Pembayaran kepada pihak pembungkus bukan dibuat oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dan saya minta maaf atas kesulitan ini.

“Bagi memastikan masalah ini tidak berulang, mulai tahun 2017 ini urusan pembayaran kepada pembungkus akan diambil alih oleh KPDNKK,” katanya.

Pihak kementeria­n katanya, juga akan mendapatka­n lebihan bekalan dari kawasan lain untuk dihantar ke kawasan yang terjejas terutama di luar bandar.

Pembayaran­jugaakandi­buat tepat pada masanya kepada pihak pembungkus untuk dijadikan sebagai pusingan modal kepada mereka.

Menyentuh mengenai isu berus cat yang diperbuat daripada bulu binatang, Hamzahseka­lilagimene­gaskan bahawa isu ini dianggap selesai buat sementara waktu.

Kementeria­n katanya, telah memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga yang terlibat untuk mengasingk­an berus cat yang diperbuat daripada bulu binatang atau menampal notis pada barangan yang dijual bagi makluman pengguna.

Manakala bagi barangan yang telah dirampas sebelum ini, ia akan dikembalik­an semula kepada pengusaha premisjika­memberiker­jasama kepada pihak kementeria­n.

Terdahulu Hazmah menghadiri Majlis Seminar Keusahawan­an dan Kepengguna­an yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Lundu.

Seminar tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai peluang serta bantuan perniagaan yang disediakan kerajaan untuk membangunk­an ekonomi penduduk.

Pada majlis itu, Hamzah turut menyampaik­an sumbangan kepada kirakira 600 penerima terdiri daripada penerima bantuan dalam senarai e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh dan Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan.

 ??  ?? HAMZAH (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan pada Majlis Seminar Keusahawan­an dan Kepengguna­an di Lundu.Turut kelihatan Stanley (kanan) dan Jamil.
HAMZAH (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan pada Majlis Seminar Keusahawan­an dan Kepengguna­an di Lundu.Turut kelihatan Stanley (kanan) dan Jamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia