Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak lemas

Bot dinaiki mereka karam berhampira­n pangkalan Kampung Muhibbah, Kuala Baram Lama

-

MIRI: Dua beranak mati lemas selepas bot yang mereka naiki bersama dua lagi rakan karam berhampira­n pangkalan Kampung Muhibbah, Kuala Baram Lama di sini, malam kelmarin.

Kedua-dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Steward Umpon, 18 dan bapanya Umpon Ungat, 65.

Mayat kedua-dua mangsa dijumpai masing-masing pada jam 8.22 pagi dan 3.40 petang di kawasan berhampira­n tempat kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Sebelum kejadian sekitar jam 10.40 malam itu, dua beranak terbabit menaiki sebuah bot nelayan bersama dua orang rakan.

Difahamkan semasa kejadian, juragan bot itu cuba membuat pusingan secara mengejut dan pada masa sama berlaku tiupan angin kencang menyebabka­n bot terbabit gagal dikawal lalu terbalik dan karam.

Dua mangsa berjaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke tebing manakala dua beranak terbabit terus hilang.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Law Poh Kiong berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 11.30 malam, bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima anggota bersama sebuah jentera Scania dan EMRS.

“Berikutan itu, Pos Kawalan Bomba (PKB) terus diaktifkan dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) yang terus melakukan SAR.

“Mayat mangsa pertama ditemui sekitar jam 8.22 pagi berhampira­n jeti pangkalan kampung terbabit oleh pasukan SAR.

“Justeru, usaha mencari seorang lagi mangsa kini masih hilang terus dilakukan di kawasan kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Muda Pelanconga­n merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin Datuk Lee Kim Shin dan Adun Piasau Datuk Sebastian Ting turut melawat PKB untuk bertemu keluarga mangsa.

 ??  ?? SUASANA hiba menyelubun­gi PKB dengan ahli keluarga duduk sambil meratapi kematian mangsa.
SUASANA hiba menyelubun­gi PKB dengan ahli keluarga duduk sambil meratapi kematian mangsa.
 ??  ?? ANGGOTA SAR mengangkat mayat mangsa ke darat sebaik dijumpai jam 8.22 pagi.
ANGGOTA SAR mengangkat mayat mangsa ke darat sebaik dijumpai jam 8.22 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia